.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI ::.(",)

Tuesday, January 25, 2011

Kem Jati Diri, Pulau Aman

Pada 20 hingga 23 januari lepas, seramai 32 pemimpin badan uniform serta 6 orang guru telah ke Pulau Aman untuk Kem Jati Diri Pemimpin Unit Beruniform.. Kem ini dikendalikan oleh MNPA Adventures yang merupakan konsultan untuk aktiviti-aktiviti Pendidikan Luar (outdoor) di Pulau Aman, Pulau Pinang ini.. Antara yang diterapkan dalam kem ini adalah untuk memupuk semangat patriotisma di kalangan peserta, meningkatkan keyakinan diri dan semangat kerjasama di kalangan peserta, mengalami pengalaman langsung (Live Experience) dalam setiap aktiviti yang dijalankan, menghargai dan mengahayati keindahan alam semula jadi, meningkatkan nilai displin dalam setiap tindakan dan memupuk ciri-ciri kepimpinan di kalangan peserta..

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk pelajar kita sepanjang di sini adalah seperti educational trekking, survival (ikhtiar hidup), explorasi Pulau Aman, latihan dalam kumpulan, ceramah motivasi, rafting, repelling / abseiling, flying fox dan seafood BBQ.. Pada hari sabtu, guru-guru telah dibawa oleh cikgu Mad Noor untuk lawatan Ke sangkar / kelong ikan untuk merasai pengalaman menarik di atas kelong.. Pelbagai kenangan indah sepanjang kem di Pulau Aman ini antara team cikgu Mad Noor serta penduduk disini hinggakan ahad tiba dan kami semua perlu bertolak meninggalkan Pulau Aman untuk pulang ke SMSJ semula..

Semoga mereka yang terlibat dalam kem ini dapat membawa balik sebanyak ilmu pengetahuan yang berguna untuk unit uniform masing-masing..


Popular Posts