.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Thursday, August 21, 2014

Hari Berkabung Malaysia


Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk jenazah mangsa nahas MH17 yang beragama Islam.. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Dan takziah juga diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat..
    

Hari Kokurikulum 2014

Pada tahun ini, Rumah Suria akan menganjurkan Hari Kokurikulum atau Mega Rico '14.. Pelbagai aktiviti untuk pelajar diadakan bagi menyambut Hari Kokurikulum tersebut.. Kemuncak Hari Kokurikulum ini adalah pada 28-30 Ogos 2014 ini, dimana terdapat acara akhir futsal, Mega Open Stage, Pertandingan Kawad Kaki dan kemuncak pada sebelah malam 30 Ogos tersebut iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kokurikulum..


Wednesday, August 20, 2014

Bulan Kemerdekaan SMSJ 2014

20 Ogos 2014 : Pagi ini merupakan pelancaran bulan Kemerdekaan oleh Pengetua peringkat SM Sains Johor.. Pemberian bendera Malaysia kepada semua kenderaan guru dan staf SMSJ.. Diharap kesemua warga SMSJ dapat menerapkan nilai patriotik yang tinggi dalam diri.. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta..".. Dalam masa yang sama kita semua warga Malaysia mengucapkan takziah kepada semua keluarga MH17, semoga bersabar atas dugaan yang melanda negara..Al-Fatihah..

Sunday, August 17, 2014

Jamuan Raya Warden

17 Ogos 2014 : Para warden SMSJ telah mengadakan rumah terbuka untuk guru dan semua staf SMSJ di Dewan Sri Budiman..Rumah terbuka ini bermula dari 1.30 petang hingga 4.30 petang..Pelbagai juadah disediakan antaranya seperti lontong, ketupat, laksa johor dan juga mee bandung.. Semoga dengan kehadiran semua dapat memberkati majlis kami serta memaafkan salah silap sesama kita..Selamat Hari Raya dari para Warden SMSJ..


    

Wira TIMSS 2014

17 Ogos 2014 : Sesi fotografi untuk pelajar 2M3 yang akan menyahut cabaran dalam ujian TIMSS..Semoga berjaya mengharumkan nama SMSJ..Saya Mahu Sentiasa Juara!!!

    


Thursday, August 14, 2014

Persembahan Laporan Tunas Bistari 2014

14 Ogos 2014 : Telah diadakan program persembahan laporan Syarikat Tunas Bistari bertempat di Bilik Kuliah, Masjid An-Nur Larkin Central, Johor Bahru.. Beberapa Syarikat Tunas Bistari membentang laporan perniagaan masing-masing.. Berikut adalah gambar sepanjang program tersebut..

 
 
 
 
 Tunas Bistari Sains Johor, SJ Corporation..
Tahniah atas komitmen anda!!!

 
SMK Mutiara Rini menjadi juara keseluruhan program ini..Tahniah!!!

       

Popular Posts

SCM