Minggu ini merupakan cabaran bagi pelajar SMSJ kerana mereka akan menghadapi UK1 (Ujian Kurikulum 1) pada 21,22 & 24 Mac 2011.. Cuti penggal 1 baru-baru ini merupakan cuti ulangkaji mereka terhadap semua matapelajaran yang telah dipelajari.. Di harap pelajar bersedia dengan UK1 ini dan mendapat keputusan yang cemerlang.. Selamat ulangkaji dan menduduki UK1 ini..=)
Showing posts with label Ujian. Show all posts
Showing posts with label Ujian. Show all posts
Sunday, March 20, 2011
Monday, May 10, 2010
Meeting Post-Mortem UK 1
Pagi tadi telah diadakan Post-Mortem bagi UK1 bagi semua tingkatan dan matapelajaran.. Post-mortem ini diadakan pada jam 7.20 pagi di Dewan Sri Bakti.. Post-mortem ini melibatkan semua guru dan dipengerusikan oleh PK1 iaitu En. Khairudin Safar serta barisan PK Hem dan juga PK Koko.. Pelbagai aspek mengenai kurikulum dibincangkan yang mana melibatkan ke semua bidang dan panitia.. Perbelanjaan dan peruntukan kewangan juga dibangkitkan agar kelestarian dan kecekapan untuk bidang kurikulum dapat dilaksanakan.. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.40 pagi..Monday, March 22, 2010
Minggu UK 1
Hari ini iaitu 22.3.2010 (Isnin) sehingga 24.3.2010 (Rabu) merupakan Hari Ujian Kurikulum 1 bagi semua pelajar di SMSJ.. Ianya merupakan ujian kepada pelajar terhadap apa yang telah dipelajari selama ini.. Di harap pelajar-pelajar semua dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang untuk UK1 ini..
Friday, March 12, 2010
Cuti Sekolah
Cuti sekolah pada kali ini amat bermakna kerana krisis air yang melanda kini menyebabkan pelajar dibenarkan balik ke kampung awal sehari iaitu pada hari khamis.. Ini disebabkan catuan air menyebabkan pili-pili air tidak mampu mengeluarkan air yang merupakan sumber penting kepada semua.. Justeru itu, pihak sekolah telah membenarkan pelajar pulang pada hari khamis selepas waktu PnP.. Di samping itu, cuti persekolahan selama seminggu ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan ulangkaji di rumah kerana naik sahaja cuti ini maka bermulalah Ujian Kurikulum 1 untuk semua pelajar SMSJ.. Selamat bercuti dan Ulangkaji pelajaran kepada pelajar-pelajar sekalian..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembron...
-
Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember ...
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perka...
-
Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang S...


