.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Friday, March 21, 2014

Analisis SPM

Analisis SPM 2003-2013..

    

Thursday, March 20, 2014

Perfect Score SPM 2013!!!

20 Mac 2014 : Tahniah diucapkan kepada Batch Zedge dan pelajar-pelajar yang mendapat Perfect Score dalam SPM 2013.. Seramai 48 orang telah mendapat Perfect Score untuk SPM 2013 ini.. Tahniah juga kepada pelajar Batch Zedge yang lain, semoga terus berjaya ke menara gading.. SPM 2013 ini merupakan keputusan SPM terbaik sepanjang rekod SMSJ dan pelajar Batch Zedge ini juga pernah menjulang nama SMSJ pada PMR sebelum ini dengan tempat pertama di Johor.. Berikut beberapa wajah-wajah kecerian SPM 2013..



















       

Tahniah SPM 2013!!!

20 Mac 2014 : Hari yang dinantikan oleh semua warga SMSJ dan pelajar SPM Zedge 2013..Merupakan saat-saat yang mendebarkan menanti nama dipanggil ke atas pentas bagi yang mendapat Perfect Score dalam SPM 2013..

Trivia KEPUTUSAN SPM 2013 :
Bilangan Perfect Score : 48 Orang
% Perfect Score : 35.04 %
Gred Purata : 1.54
Kedudukan Dalam Negeri : 2

 Ucapan analisa SPM oleh Tuan Pengetua..

 Debaran menunggu keputusan diumumkan..


Tahniah!! Perfect score..

       

Friday, March 14, 2014

Keputusan SPM 2013

Makluman penting kepada semua pelajar Batch Zadge, SPM 2013 berkenaan keputusan SPM..Semoga mendapat Perfect Score dan keputusan yang baik..Patuhi tatacara berpakaian semasa mengambil keputusan nanti..Harap maklum..

Kenyataan Akhbar..


 Semakan atas talian..

        

Thursday, January 23, 2014

Hari Azam SPM 2014

23 Januari 2014 : Hari Azam diadakan untuk menanamkan keazaman dalam kalangan pelajar tingkatan 5 dan meningkatkan motivasi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM 2014. Seramai 141 orang pelajar tingkatan 5 tahun 2014 telah beriltizam dan berakur janji untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat "Perfect Score A+" dalam SPM 2014 di hadapan barisan pentadbir SMSJ, guru-guru tingkatan 5 dan kaunselor pelajar.  Setiap ketua kelas menyerahkan deskripsi akur janji SPM 2014 kepada tuan pengetua. Selain itu, setiap pelajar diberikan lencana Azam 'Perfect Score' daripada guru-guru.






    

Sunday, March 20, 2011

SPM 2010 - Menghitung hari


Nantikan kejayaan anda semua!!!
dari kami seluruh warga SM Sains Johor..

Wednesday, September 22, 2010

Program Perfect Score SPM SBP Zon Selatan


Program "Perfect Score" SPM

bagi SBP Zon Selatan 2010..

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 24-26 September 2010


SELAMAT DATANG KE SMSJ..

Info tambahan :
* Gambar yang ditempah telah diedarkan pada 1 September 2010 menggunakan parkhidmatan Pos Laju.. Harap maklum..

Saturday, September 4, 2010

Kelas Masa Cuti PMR & SPM

Pada 3 - 6 September 2010 telah diadakan bengkel bagi subjek peperiksaan kepada pelajar SPM & PMR sesi 2010.. Jadual bagi slot mengikut matapelajaran telah ditetapkan supaya pelajar dan guru dapat bersedia bagi bengkel ini.. Ini bagi memantapkan lagi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Guru-guru yang terlibat dalam kelas peperiksaan ini telah memberikan komitmen yang tinggi biarpun pada waktu tersebut sudah bermula cuti sekolah sempena Hari Raya beberapa hari lagi..

Bengkel yang diadakan ini juga turut disertai dari 2 buah sekolah luar yang pelajarnya dihantar oleh pihak sekolah masing-masing iaitu SMK LKTP Belitong & SMK Layang-layang.. Mereka juga ditempatkan di asrama ini dan menjalankan aktiviti rutin sama seperti pelajar disini.. Pengalaman belajar dan tinggal di asrama dapat memberikan mereka inspirasi untuk berjaya.. Di harap pelajar dapat menyuntik semangat untuk berjaya dengan cemerlang bersama-sama pelajar lain dan telah bersedia untuk menghadapi PMR & SPM nanti..


Monday, June 7, 2010

Kelas PMR & SPM

Akan dikemaskini..

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009

11 Mac iaitu pada hari Khamis lalu merupakan detik-detik yang mendebarkan bagi semua calon SPM 2009.. Debaran yang dimaksudkan adalah datang dari sekeping slip keputusan SPM 2009 yang telah ada di sekolah masing-masing.. Bagi semua calon SPM 2009 yang telah mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah SMSJ atas lakaran kejayaan tersebut..

Sukacitanya dimaklumkan disini bahawa seorang pelajar terbaik SMSJ pada tahun ini yang memperoleh 10A+ iaitu Saudara Ammar Bin Adnan telah menerima Anugerah Pelajar Gemilang Tertinggi Negeri Johor.. Beliau telah menerima Sijil Penghargaan serta plak Pelajar Cemerlang SPM 2009 dari JPNJ.. Diharap pelajar yang menduduki SPM tahun ini iaitu 2010 telah mendapatkan petua-petua kejayaan dari Saudara Ammar..TAHNIAH!!

Berikut adalah ringkasan keputusan SPM 2009 iaitu pelajar yang mendapat Perfect Score SMSJ pada kali ini adalah seramai 29 orang.. Gred Purata Sekolah (GPS) menunjukkan peningkatan daripada 1.91 pada 2008 kepada 1.54 manakala peratusan pelajar yang mendapat perfect score juga meningkat daripada 23.08% pada tahun 2008 kepada 24.17% pada tahun 2009.. Kedudukan dalam SBP di Johor pula, SMSJ berada ditempat ke-3 selepas STF dan SM Sains Muar.. Semoga pada SPM 2010 SMSJ akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..

Popular Posts

SCM