Showing posts with label Asrama. Show all posts
Showing posts with label Asrama. Show all posts
Sunday, August 17, 2014
Jamuan Raya Warden
17 Ogos 2014 : Para warden SMSJ telah mengadakan rumah terbuka untuk guru dan semua staf SMSJ di Dewan Sri Budiman..Rumah terbuka ini bermula dari 1.30 petang hingga 4.30 petang..Pelbagai juadah disediakan antaranya seperti lontong, ketupat, laksa johor dan juga mee bandung.. Semoga dengan kehadiran semua dapat memberkati majlis kami serta memaafkan salah silap sesama kita..Selamat Hari Raya dari para Warden SMSJ..
Friday, February 28, 2014
Malam Penutup HOVAL
28 Februari 2014 : Telah berlangsung majlis penutup Hari Terbuka Asrama 2014 atau HOVAL yang dianjurkan oleh rumah Buana.. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua SMSJ iaitu En, Ibrahim Bin Omar.. Majlis penutup ini diserikan dengan beberapa persembahan pelajar, persembahan multimedia dan penyampaian hadiah kepada dorm serta paparan terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan..
Persembahan Silat oleh pelajar..
Pasukan Kompang diketuai pelajar tingkatan 3..
Persembahan Pembukaan yang ceria..
Guru-guru dan pelajar..
Persembahan paling hapening..Soley-Soleyyy..
Ucapan guru rumah Buana, En Teoh..
Ucapan Tuan Pengetua dan merasmikan program..
Antara persembahan pelajar..
Thursday, February 27, 2014
Hostel Festival (HOVAL)
credit:syakirazmi
27 Februari 2014 : Pada minggu ini, berlangsung satu acara penting sekolah iaitu Hari Terbuka Asrama atau dikenali sebagai MEGA HOVAL yang dikendalikan oleh rumah Buana.. HOVAL ini berlangsung dari 27 Februari sehingga 1 Mac 2014.. Majlis penutup pula pada 28 Februari jam 8.00 malam di Dewan Sri Karyawan.. Sunday, February 23, 2014
Pengurusan Loker
23 Februari 2014 : Pada hari ini telah berlangsung program mentor mentee yang dijalankan pada masa pertama (7.20am - 8.00am).. Program pada hari ini berfokus kepada pengurusan loker.. Guru dikehendaki masuk kedalam dorm pelajar untuk memantau serta membetulkan susunatur pakaian dan peralatan dalam loker pelajar tersebut..
Wednesday, February 5, 2014
Pendaftaran Tingkatan 4 Baru
5 Februari 2014 : Pengambilan pelajar baru Tingkatan 4 bagi tahun 2014.. Seawal 8.00 pagi ibubapa telah mula sampai ke asrama untuk sesi pendafataran ini.. Pelajar baru akan menerima rakan angkat untuk memberi bantuan berkaitan hal asrama dan sekolah.. Sesi taklimat oleh pentadbir sekolah dijalankan pada jam 11.00 pagi.. Selamat datang pelajar baru Tingkatan 4 ke SM Sains Johor!!
Pendaftaran kelas..
Pendaftaran asrama..
Taklimat disampaikan oleh Pihak Pentadbir SMSJ..
Tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh pentadbir SMSJ..
Jawatankuasa pelajar yang membantu..
Wednesday, June 29, 2011
Ahlan Wa Sahlan : Imtiaz Kuala Terengganu
Pada 3 Julai nanti, sebuah sekolah dari Terengganu iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu akan datang ke SM Sains Johor untuk perkongsian ilmu dan suasana pembelajaran dan kehidupan di SMSJ ini.. Seramai 35 orang pelajar serta 3 orang guru akan ke SMSJ dalam program penempatan pelajar SPM 2011 "Jalinan Kasih" selama 4 hari iaitu dari 3 julai hingga 6 julai 2011.. Mereka juga akan tinggal di Aspura Aspuri SMSJ sepanjang tempoh ini.. Semoga kita dapat berkongsi pengajaran dan pembelajaran bersama.. Ahlan Wa Sahlan kepada SM Imtiaz Kuala Terengganu..=)
Friday, May 20, 2011
Bos belanje..=)
Hari ini bos telah bemurah hati untuk belanje kami warden-warden SMSJ.. En Basir telah belanja kami semua dengan hidangan yang lazat-lazat.. Tempat makan ini terletak di sebelah 2city, bertentangan dengan Comet Jamming.. Jemput makan..=)
Mesyuarat Warden Mei
Thursday, April 14, 2011
Hari Terbuka Asrama
Pada 15 - 17 April 2011, rumah Purnama telah diberikan mandat untuk mengurus program Hari Terbuka Asrama yang dijalankan setiap tahun.. Pelbagai acara dianjurkan bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Asrama ini seperti pertandingan futsal, SMSJ got talent dan sebagainya.. Pertandingan dorm juga dijalankan seperti biasa yang akan dinilai oleh juri yang terdiri dari guru-guru pelbagai rumah.. Kemuncak program adalah pada waktu malamnya.. Gerai menyediakan pelbagai jualan juga diadakan sepanjang program ini..Sunday, January 2, 2011
Selamat Datang 2011
Pada 2 Januari 2011 jam 2.00 petang, bermulalah sesi pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 untuk kelas dan asrama yang mana sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya iaitu 3 Januari 2011.. Bangunan asrama serta bangunan sekolah yang telah dilakukan proses penambahbaikan semasa cuti seperti dicat baru, penukaran bumbung serta pemasangan penghadang hujan dapat menambahkan lagi keselesaan putera serta puteri SMSJ untuk terus berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh..Setelah lama bercuti, kini tiba masanya pelajar-pelajar kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran mereka di sini.. Suasana yang penuh dengan keceriaan memenuhi sesi pendaftaran ini.. Pada masa yang sama memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan guru-guru kelas anak mereka..
Setelah selesai melakukan pembayaran, pelajar mengambil peralatan serta buku kerja di Koperasi SM Sains Johor dan terus ke asrama untuk mengemas barang dan pakaian di dorm masing-masing..
Monday, December 20, 2010
Menjelang tahun 2011
LAWATAN STAF KE KUALA LUMPUR
Tarikh : 22 Disember 2010
Masa : 5.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur, Pusat Kraf, Parlimen dll
***************************************
KEPUTUSAN PMR 2010
Tarikh : 23 Disember 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sri Karyawan, SMSJ
**************************************
MESYUARAT GURU
Tarikh : 30 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : Mula jam 0830
Tempat : Dewan Sri Bakti
Penglibatan : Semua guru SMSJ
**************************************
SESI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011
Tarikh : 2 Januari 2011
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kelas & asrama
( surat akan dihantar kepada ibubapa )
****************************************
Wednesday, September 22, 2010
Program Perfect Score SPM SBP Zon Selatan
Tuesday, July 27, 2010
Latihan Kebakaran Asrama
Pada awal pagi 27 Julai 2010 jam 3.30 pagi telah diadakan latihan kebakaran di asrama putera & puteri SMSJ.. Latihan kebakaran ini dianjurkan oleh pasukan Kadet Bomba SMSJ yang diketuai oleh Cikgu Basir selaku PK HEM SMSJ.. Hasil daripada latihan ini, mereka yang didapati rentung seramai 7 orang puteri & 56 orang putera.. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberikan latihan kepada warga SMSJ mengenai tindakan yang perlu dibuat seandainya berlaku kebakaran sebenar..

Friday, April 30, 2010
Hari Terbuka Asrama
HARI TERBUKA ASRAMA SMSJ 2010
Tarikh : 30 April, 1 Mei & 2 Mei 2010
Tempat : Kawasan sekitar asrama SMSJ
Dikendalikan oleh : Rumah Buana..
Majlis perasmian pada malam 1 Mei jam 8.00 malam..
Tarikh : 30 April, 1 Mei & 2 Mei 2010
Tempat : Kawasan sekitar asrama SMSJ
Dikendalikan oleh : Rumah Buana..
Majlis perasmian pada malam 1 Mei jam 8.00 malam..
* Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Asrama ini..
* Pelbagai jualan gerai makanan oleh pelajar dan kelab/persatuan..
* Pelbagai xtvt sukaneka antara pelajar SMSJ dgn sekolah2 jemputan..
* Juga ada pertandingan Karaoke..
* Acara penting - Pertandingan dorm tercantik..
* Pelbagai jualan gerai makanan oleh pelajar dan kelab/persatuan..
* Pelbagai xtvt sukaneka antara pelajar SMSJ dgn sekolah2 jemputan..
* Juga ada pertandingan Karaoke..
* Acara penting - Pertandingan dorm tercantik..
Monday, March 1, 2010
Pertandingan Dorm Tercantik 2010
Pada tahun ini, pertandingan dorm tercantik diadakan bagi memastikan pelajar hidup dengan suasana yang selesa dan ceria.. Pertandingan bermula dari bulan Mac.. Hadiah yang lumayan disediakan kepada pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembron...
-
Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember ...
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perka...
-
Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang S...



































