.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label SBP. Show all posts
Showing posts with label SBP. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Lawatan SMS Pokok Sena, Kedah


Pada 1 November 2014, SMSJ telah didatangi oleh rakan SBP dari Kedah iaitu SMS Pokok Sena terdiri daripada pentadbir dan staf untuk lawatan penandaarasan yang diketuai oleh Pengetua Cemerlang, iaitu En. Jamaluddin b Ariffin.. Rombongan ini disambut dengan penuh kemesraan oleh warga SMSJ.. Lawatan Penandaarasan ini adalah sebagai jaringan untuk perkongsian ilmu diantara kedua-dua buah sekolah terutamanya di SBP.. Harap jaringan ini berterusan pada masa akan datang..

Wednesday, July 20, 2011

APC SBP Zon Selatan


Pada 19 Julai 2011, SMSJ telah menjadi tuan rumah untuk majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SBP Zon Selatan 2010.. Majlis ini dijalankan di Dewan Sri Karyawan pada jam 2.00 petang.. Majlis ini disempurnakan oleh wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM..


  


Friday, July 8, 2011

Pemantauan SBP

Pada 8 Julai 2011, SM Sains Johor telah didatangi dua orang pemantau dari SBP berkenaan dengan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi).. Kebetulan pada hari yang sama juga diadakan rehearsal penuh untuk Kejohanan Balapan Dan Padang Ke-36 keesokkan harinya..

Pegawai tersebut tiba pada jam 8.00 pagi dan terus disambut pihak pentadbiran sekolah.. Seterusnya, mereka dibawa ke bilik tayangan untuk persembahan powerpoint berkenaan sekolah.. Terdapat juga sesi soal jawab bagi penambahbaikan dalam slide sedia ada ini.. Segala info diterjemahkan ke dalam slide tersebut.. Selepas selesai, mereka dibawa ke bilik fail bagi tujuan pemantauan.. Selesai sahaja, mereka dihidangkan dengan minum pagi.. 

Kemudian, kedua-dua orang pegawai tersebut melakukan pemantauan di asrama diiringi oleh warden Putera dan Puteri.. Pelbagai cadangan dan nasihat diberikan supaya SMSJ mencapai ke arah SBT ini.. Diharap pada pemantaun sebenar nanti SMSJ akan terus mendapat status SBT ini selepas baru mendapat taraf Sekolah Kluster pada pertengahan tahun baru-baru ini..

 persembahan powerpoint..

 Semakan fail..

 Minum-minum..

Tuesday, April 26, 2011

HAC 2011


Wednesday, April 6, 2011

Kursus Profesionalisme Warden SBP 2011

Pada 5 April hingga 7 April 2011, sedang berlangsung Kursus Profesionalisme Warden SBP 2011 zon Selatan dan Timur yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.. Pelbagai input yang dijelaskan dalam kursus ini oleh pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam warden dan pengurusan asrama di SBP ini..



Saturday, March 5, 2011

Lawatan KPP, En. Mohd Kholil dari SBP

Pada 4 Mac 2011 jam 8.30 malam, SMSJ telah dilawati oleh En. Mohd Kholil Bin Mohamad selaku KPP Sektor Pembangunan & Kemanusiaan SBP bagi berjumpa dan bemesra dengan warga SMSJ.. Bersama solat Isyak berjemaah dengan warga SMSJ.. Kemudian, beliau menyampaikan amanat kepada warga SMSJ.. Pelbagai maklumat dan info dijelaskan dalam ucapan beliau..

Sesi ucapan dan bersalam dengan warga SMSJ...

Sesi jamuan bersama guru-guru SMSJ dan penyampaian cenderamata dari SMSJ...

Thursday, October 28, 2010

Lawatan Pn Ashah ke SMSJ

Pada 19 Oktober 2010, telah berlangsung sebuah Majlis Sepantai Budi Selautan Kenangan iaitu Majlis Persaraan pengetua SMSJ, Tn. Hj. Nojumuddin B. Abd Samad, P.I.S. selaku Pengetua Cemerlang Jusa C di SM Sains Johor..












Semoga jasa beliau sepanjang berada di SMSJ ini dapat diteruskan oleh pentadbiran yang baru nanti.. Jasamu dikenang (2002 - 2010)..

Wednesday, September 22, 2010

Program Perfect Score SPM SBP Zon Selatan


Program "Perfect Score" SPM

bagi SBP Zon Selatan 2010..

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 24-26 September 2010


SELAMAT DATANG KE SMSJ..

Info tambahan :
* Gambar yang ditempah telah diedarkan pada 1 September 2010 menggunakan parkhidmatan Pos Laju.. Harap maklum..

Monday, August 2, 2010

Peperiksaan Percubaan Setara

Peperiksaan percubaan PMR & SPM telah bermula iaitu setara untuk SBP & Negeri Johor bagi PMR manakala SPM pula setara SBP.. Bagi percubaan PMR telah bermula dari 30 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010 & percubaan SPM pula adalah dari 3 hingga 28 Ogos 2010.. Di harap pelajar semua telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan percubaan ini dan mendapat keputusan yang terbaik bagi kesemua subjek.. Tingkatkan usaha & selamat maju jaya dari warga pendidik SMSJ.. (",)
Selamat menghadapi peperiksaan percubaan PMR & SPM..

Monday, March 8, 2010

Kriket SBP Zon Selatan

SMSJ naib johan Zon Selatan SBP 2010 pada 4-7 Mac 2010 dan telah layak ke peringkat kebangsaan kriket SBP piala Tan Sri Hamzah di STJ pada 8-11 April 2010.. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran terutamanya En. Abd Razak B. Mohd Noah (PK KOKO).. Terima kasih juga kepada pengurus pasukan iaitu Ustaz Zakaria, En. Aziz Rebu dan En. Nukhairi serta jurulatih En. Yusri Abd Rahman..


* Laluan SMSJ ke peringkat akhir SBP Zon Selatan :

Peringkat Kumpulan (Johan Kumpulan) :

1) SMSJ menewaskan SBPI Sultan Iskandar Mersing.
2) SMSJ seri dengan MOZAC (hujan)
3) SMSJ menewaskan SDAR.

Peringkat Kumpulan Y (Johan Kumpulan Y) :
1) SMSJ menewaskan STJ.
2) SMSJ menewaskan SMAP Labu.

Peringkat akhir :
1) SMSJ tewas tipis kepada SAKTI.

* Seorang pemain SMSJ mendapat "Best All Rounder"..

Popular Posts

SCM