.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, April 2, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perkarangan kawasan sekolah.. Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' telah disambut meriah dengan penyertaan semua pelajar, guru dan staf SMSJ.. Sambutan dimeriahkan lagi dengan pertandingan sepanduk Maulidur Rasul yang disertai oleh semua kelas di SMSJ..





Pertandingan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M setiap kelas mengikut kategori menengah rendah & menengah atas..


Selepas itu, dalam jam 9.00 pagi bermula perarakan dari hadapan Dewan Sri Karyawan ke Surau Al-Ikhsan.. Sepanjang perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W. sehingga ke surau..Setiap kelas berarak mengikut kelas masing-masing dengan membawa sepanduk yang telah mereka buat..Setibanya di surau, sepanduk-sepanduk di paparkan disekeliling surau berkenaan..


Perarakan Sepanduk ke Surau Al-Ikhsan diiringi selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W..




Penceramah jemputan sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Tuan Hj Ashari dari YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) yang telah menyampaikan ceramahnya dengan begitu berkesan.. Sebelum mengakhiri majlis pada jam 11.30 pagi , penyampaian hadiah dijalankan kepada pertandingan sepanduk bagi menengah atas dan rendah serta tokoh maalhijrah SMSJ 2010 Putera dan Puteri.. Setelah selesai, semua menikmati jamuan di Dewan Sri Budiman..







Salam Maulidur Rasul 1413H/2010M..
Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah

" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang terbaik " (al-Ahzab (21): 21)



Popular Posts

SCM