Showing posts with label Maulidur rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur rasul. Show all posts
Saturday, January 25, 2014
Friday, April 2, 2010
Sambutan Maulidur Rasul 2010
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perkarangan kawasan sekolah.. Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' telah disambut meriah dengan penyertaan semua pelajar, guru dan staf SMSJ.. Sambutan dimeriahkan lagi dengan pertandingan sepanduk Maulidur Rasul yang disertai oleh semua kelas di SMSJ..
Pertandingan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M setiap kelas mengikut kategori menengah rendah & menengah atas..
Selepas itu, dalam jam 9.00 pagi bermula perarakan dari hadapan Dewan Sri Karyawan ke Surau Al-Ikhsan.. Sepanjang perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W. sehingga ke surau..Setiap kelas berarak mengikut kelas masing-masing dengan membawa sepanduk yang telah mereka buat..Setibanya di surau, sepanduk-sepanduk di paparkan disekeliling surau berkenaan..
Perarakan Sepanduk ke Surau Al-Ikhsan diiringi selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W..
Penceramah jemputan sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Tuan Hj Ashari dari YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) yang telah menyampaikan ceramahnya dengan begitu berkesan.. Sebelum mengakhiri majlis pada jam 11.30 pagi , penyampaian hadiah dijalankan kepada pertandingan sepanduk bagi menengah atas dan rendah serta tokoh maalhijrah SMSJ 2010 Putera dan Puteri.. Setelah selesai, semua menikmati jamuan di Dewan Sri Budiman..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembron...
-
Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember ...
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perka...
-
Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang S...






































