.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Meeting. Show all posts
Showing posts with label Meeting. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Menjelang tahun 2011

LAWATAN STAF KE KUALA LUMPUR
Tarikh : 22 Disember 2010
Masa : 5.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur, Pusat Kraf, Parlimen dll
***************************************
KEPUTUSAN PMR 2010
Tarikh : 23 Disember 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sri Karyawan, SMSJ
**************************************
MESYUARAT GURU
Tarikh : 30 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : Mula jam 0830
Tempat : Dewan Sri Bakti
Penglibatan : Semua guru SMSJ
**************************************
SESI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011
Tarikh : 2 Januari 2011
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kelas & asrama
( surat akan dihantar kepada ibubapa )
****************************************

Monday, May 10, 2010

Meeting Post-Mortem UK 1

Pagi tadi telah diadakan Post-Mortem bagi UK1 bagi semua tingkatan dan matapelajaran.. Post-mortem ini diadakan pada jam 7.20 pagi di Dewan Sri Bakti.. Post-mortem ini melibatkan semua guru dan dipengerusikan oleh PK1 iaitu En. Khairudin Safar serta barisan PK Hem dan juga PK Koko.. Pelbagai aspek mengenai kurikulum dibincangkan yang mana melibatkan ke semua bidang dan panitia.. Perbelanjaan dan peruntukan kewangan juga dibangkitkan agar kelestarian dan kecekapan untuk bidang kurikulum dapat dilaksanakan.. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.40 pagi..


Monday, April 5, 2010

Mesyuarat HAC ke-2

Mesyuarat ke-2 HAC telah diadakan pada selasa petang jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan SMSJ.. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai perkembangan setiap unit masing-masing untuk majlis HAC nanti agar majlis tersebut berjalan dengan lancar..

Tuesday, March 23, 2010

Meeting HAC & Majlis Perpisahan & Persaraan Guru

1) MESYUARAT J/KUASA PENGELOLA HARI ANUGERAH CEMERLANG
& MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

2) MESYUARAT J/KUASA MAJLIS PERPISAHAN & PERSARAAN GURU

Kedua-dua mesyuarat ini dijalankan pada 23 Mac 2010 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan.. Mesyuarat membincangkan mengenai jawatankuasa yang terlibat bagi kedua-dua agenda tersebut agar majlis berjalan dengan lancar pada tarikh yang dirancangkan.. Untuk yang terdekat ini adalah bagi Majlis Perpisahan iaitu Cikgu Hashim dan Cikgu Long & Persaraan Cikgu Kamariah yang akan berlangsung pada jumaat 26 Mac ini..

Sunday, February 21, 2010

Mesyuarat Guru Ke-2

Mesyuarat diadakan pada hari sabtu jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Gerakan.. Mesyuarat ini bertujuan untuk memantapkan lagi sistem fail bagi semua bahagian pentadbiran, HEM dan juga Kokurikulum serta memperkasakan lagi pengurusan sekolah SMSJ ke arah sekolah berprestasi tinggi..




Wednesday, February 10, 2010

Mesyuarat Kejohanan Olahraga Ke-35,2010

Rabu jam 12.00 tengahari, bersamaan 10 Februari 2010 telah diadakan mesyuarat untuk acara-acara akhir sebelum hari Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ ke-35 dan juga Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ Ke-35 untuk tahun 2010.. Acara-acara akhir sebelum hari Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ ke-35 akan berlangsung pada 22 & 23 Februari 2010 ini manakala Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ Ke-35 akan diadakan pada 27 Februari 2010.. Mesyuarat membincangkan mengenai jawatankuasa yang terlibat, peraturan pertandingan, acara yang terlibat dan juga jadual pertandingan..


Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Guru Pertama 2010



Mesyuarat J/K Keutuhan Pengurusan & Pengurusan Kewangan 2010

Pada 29 Disember 2009 yang lalu, mesyuarat pertama bagi sekolah telah diadakan iaitu Mesyuarat JK Keutuhan Pengurusan dan Pengurusan Kewangan 2010 bertempat di Bilik Gerakan pada jam 8.30pg. Mesyuarat bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan SMSJ 2010 supaya mendapat pengiktirafan sebagai sekolah berprestasi tinggi. Strategi setiap jawatankuasa diperkemaskan lagi supaya mencapai tahap tersebut. Ahli yang hadir adalah terdiri daripada J/K tertinggi dan juga guru-guru bagi J/K Keutuhan Pengurusan 2010 serta staf sokongan.

Popular Posts

SCM