.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Juara Merentas Desa 2014



29 Februari 2014 : Keputusan kejohanan Merentas Desa SMSJ 2014 telah diketahui.. Tahniah kepada rumah Segara.. Dan juga tahniah kepada SEMUA RUMAH !!! kerana telah berusaha sehabis baik..


Keputusan Penuh :
Pertama : Rumah Segara
Kedua : Rumah Buana
Ketiga : Rumah Suria
Keempat : Rumah Purnama


JUARA !!!


     


Merentas Desa

29 Januari 2014 : Telah selesai merentas desa peringkat SMSJ bagi tahun 2014 ini yang bermula dari 8.00 pagi setelah 2 minggu berlatih.. Kemuncaknya adalah pada hari ini, merentas desa mengikut kategori yang ditetapkan iaitu L18,L15,P18 dan juga P15.. Berikut ialah kronologi Merentas Desa SMSJ 2014 :

Sesi Taklimat


 Pemanas badan


 Sarapan Pagi



 Acara Bermula


 Barisan Penjaga Masa


 Pertama kegarisan penamat


 Perempuan Junior : Lari kegarisan penamat ikut lorong yang ditetapkan



 Sesi Penyampaian medal kepada pemenang


   

Tuesday, June 28, 2011

1 Murid 1 Sukan

Pada februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan.. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah..

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan.. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.. Pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh pihak kementerian, jadi cikgu-cikgu semua perlulah bersiap untuk pertambahan satu lagi tugasan..

Sunday, February 28, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ ke-35 2010

Tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat menjayakan KOT ke-35 ini.. Tahun ini SURIA telah menjuarai KOT (Kejohanan Olahraga Tahunan) ke-35 ini dengan jumlah mata 259 yang mendapat saingan sengit setelah berjaya memintas dengan rumah Purnama (252 mata) pada saat-saat akhir biarpun pada awalnya didahului oleh rumah Purnama dengan jarak mata yang jauh.. Namun, atlit-atlit Suria telah berusaha memberi saingan yang paling tertinggi untuk menyumbangkan mata kemenangan kepada rumah Suria..

Thursday, February 25, 2010

Raptai KOT SMSJ ke-35

Pada khamis 25 Februari seawal 8.00pagi, berlangsungnya raptai untuk Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) SMS ke-35 yang akan berlangsung pada sabtu ini iaitu 27 Februari 2010 di padang sekolah.. Ini bagi memastikan kelancaran KOT SMSJ ke-35 pada sabtu ini.. Kesemua pihak memainkan peranan bagi memastikan kelancaran upacara besar SMSJ ini..

Pada hari yang sama juga tepat jam 11.30pagi, berlangsung upacara penyampaian hadiah bagi peserta yang telah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap acara akhir padang & balapan yang telah berlangsung pada hari isnin dan selasa yang lalu..

Tuesday, February 23, 2010

Acara Akhir KOT SMSJ 2010

Acara akhir berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada isnin (22 Feb 2010) sehingga selasa (23 Feb 2010) pada waktu petang bermula dari jam 3.00petang.. Peserta bersemangat untuk berjuang untuk mendapatkan pingat dan mata untuk rumah masing-masing.. Biarpun pada hari pertama hujan pada mulanya, namun mereka dapat memulakan setelah hujan reda pada jam 3.40petang.. Ini tidak mematahkan semangat peserta-peserta biarpun padang berada dalam keadaan yang basah dan licin..

Pada hari kedua, cuaca berada dalam keadaan yang baik.. Perjalanan kejohanan acara akhir ini berjalan dengan lancar untuk kesemua acara yang dipertandingkan..

Wednesday, February 10, 2010

Jamuan Merentas Desa 2010

Pada hari ini juga, Rabu 10 Februari 2010 berlangsung jamuan makan di DSB pada jam 2.00 petang untuk meraikan peserta yang mendapat tempat 15 keatas mengikut kategori yang dipertandingkan semasa Kejohanan Merentas Desa baru-baru ini.. Diharap peserta akan lebih bersemangat untuk terus menyumbang mata kepada rumah masing-masing..



Mesyuarat Kejohanan Olahraga Ke-35,2010

Rabu jam 12.00 tengahari, bersamaan 10 Februari 2010 telah diadakan mesyuarat untuk acara-acara akhir sebelum hari Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ ke-35 dan juga Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ Ke-35 untuk tahun 2010.. Acara-acara akhir sebelum hari Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ ke-35 akan berlangsung pada 22 & 23 Februari 2010 ini manakala Kejohanan Olahraga Tahunan SMSJ Ke-35 akan diadakan pada 27 Februari 2010.. Mesyuarat membincangkan mengenai jawatankuasa yang terlibat, peraturan pertandingan, acara yang terlibat dan juga jadual pertandingan..


Popular Posts

SCM