Sawadee kap.. Pada 14 Julai 2011, seramai 135 orang pelajar dan 8 guru dari Hatyaiwittayalai School, Thailand telah membuat lawatan khas ke SMSJ.. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang mereka di SMSJ.. Antara aktiviti yang disediakan ialah makan masakan Malaysia, lawatan sekitar sekolah, pertunjukkan kapal terbang kawalan jauh, persembahan pendidikan bagi teknologi kejuruteraan serta sains serta persembahan tempatan kedua-dua buah negara..
Showing posts with label Pengantarabangsaan. Yorsor. Show all posts
Showing posts with label Pengantarabangsaan. Yorsor. Show all posts
Thursday, July 14, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Program Pengantarabangsaan Yorsor, Thailand
Pada hari ini iaitu 8 Mac 2011, SM Sains Johor menerima kunjungan dari Thailand iaitu dari Sekolah Hatyaiwittayalai Somboonkulkanya dari Songkhla Thailand atau dikenali sebagai Yorsor.. Rombongan ini disambut dengan paluan kompang serta silat sebelum acara bergambar antara pihak Yorsor dan SM Sains Johor oleh the MERCU legacy 2011.. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur dalam program pengantarabangsaan ini.. Setiap pelajar diberikan rakan angkat bagi membantu pelajar Thailand tersebut sepanjang di SMSJ..Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari ini seperti belajar bahasa Melayu, makanan Malaysia, belajar tarian zapin, belajar bermain gamelan dan belajar bermain kompang.. Pelajar SMSJ juga mempersembahkan tarian zapin serta gamelan kepada tetamu.. Pihak Yorsor juga mempersembahkan tarian mereka yang mengagumkan warga SMSJ.. Sukan juga salah satu aktiviti yang dijalankan iaitu perlawanan bola keranjang serta persembahan permainan elit SMSJ kepada warga Yorsor iaitu ragbi..
Diharapkan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara SMSJ dan Yorsor.. Terima kasih daun keladi, lain hari kita akan berjumpa lagi.. Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembron...
-
Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember ...
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perka...
-
Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang S...





