.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Sistem Rumah. Show all posts
Showing posts with label Sistem Rumah. Show all posts

Sunday, August 9, 2015

Bulan Kemerdekaan 2015

9 Ogos 2015 : Pelancaran sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2015 peringkat SMSJ telah dijalankan pada 9 Ogos 2015 di Dewan Sri Karyawan.. Sambutan ini berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September 2015.. Program ini bertujuan bagi memupuk sikap patriotisma yang tinggi dalam jatidiri warga SMSJ..
 



    

Friday, February 28, 2014

Malam Penutup HOVAL

28 Februari 2014 : Telah berlangsung majlis penutup Hari Terbuka Asrama 2014 atau HOVAL yang dianjurkan oleh rumah Buana.. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua SMSJ iaitu En, Ibrahim Bin Omar.. Majlis penutup ini diserikan dengan beberapa persembahan pelajar, persembahan multimedia dan penyampaian hadiah kepada dorm serta paparan terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan..

 Persembahan Silat oleh pelajar..

 Pasukan Kompang diketuai pelajar tingkatan 3..

 Persembahan Pembukaan yang ceria..

 Guru-guru dan pelajar..


 Persembahan paling hapening..Soley-Soleyyy..

 Ucapan guru rumah Buana, En Teoh..

 Ucapan Tuan Pengetua dan merasmikan program..



Antara persembahan pelajar..

                 

Thursday, February 27, 2014

Hostel Festival (HOVAL)

credit:syakirazmi

27 Februari 2014 : Pada minggu ini, berlangsung satu acara penting sekolah iaitu Hari Terbuka Asrama atau dikenali sebagai MEGA HOVAL yang dikendalikan oleh rumah Buana.. HOVAL ini berlangsung dari 27 Februari sehingga 1 Mac 2014.. Majlis penutup pula pada 28 Februari jam 8.00 malam di Dewan Sri Karyawan..

      

Tuesday, February 25, 2014

Majlis Makan Beradab Suria 1

Majlis makan beradab untuk Rumah Suria akan dijalankan pada 4 Mac 2014 ini.. Bertempat di bilik VIP DSB pada jam 1.00 petang.. Majlis untuk merapatkan ukhwah dikalangan semua pelajar dan guru rumah suria.. Majlis juga menjemput tuan Pengetua, En Ibrahim Bin Omar, En. Khairuddin Bin Sapar (PK1), En. Sahnizam Bin Miswan (PK HEM) dan En. Abd Samad Bin Sulaiman (PK KOKO).. Harap maklum..

credit:JOHN

       

Tuesday, April 20, 2010

Perjumpaan Rumah kali ke-2

Pada 19 April 2010, iaitu pada pagi isnin telah diadakan perjumpaan rumah untuk membincangkan mengenai majlis yang akan dikendalikan oleh setiap rumah.. Setiap majlis tersebut telah ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut giliran bagi acara-acara besar sekolah..

Tujuan utama pembahagian tugas untuk pengendalian majlis besar sekolah adalah selaras dengan sistem rumah itu sendiri, iaitu mahu melibatkan semua pelajar agar mempunyai sikap kerjasama dan boleh bekerja dalam satu kumpulan.. Dari sini, kita boleh lihat sifat kepimpinan pelajar dan juga kekuatan sesuatu rumah itu disamping guru-guru yang memainkan peranan penting untuk membimbing pelajar.. Berikut adalah majlis besar sekolah yang perlu dikendalikan mengikut rumah :

1) Rumah Buana (hijau) - Hari Terbuka Asrama
2) Rumah Segara (biru) - Hari Guru
3) Rumah Suria (kuning) - Hari Kokurikulum
4) Rumah Purnama - Majlis Malam Seri Gemilang

Justeru itu, perjumpaan ini dimanfaatkan oleh semua pelajar dan guru setiap rumah bagi membincangkan aktiviti serta kelancaran majlis nanti.. Komitmen semua amat penting dalam sistem rumah ini kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kedudukan rumah itu sendiri di SMSJ ini..

Semua memberikan idea dan aktiviti yang sesuai serta melantik organisasi induk..


Antara aktiviti yang dijalankan semasa perjumpaan rumah Suria..

Popular Posts

SCM