.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, March 21, 2014

Analisis SPM

Analisis SPM 2003-2013..

    

Thursday, March 20, 2014

Sesi Bergambar PIBG

Sesi bergambar kenangan bersama AJK PIBG SM Sains Johor bagi sesi 2013 dan sesi 2014..Sesi photoshoot ini dijalankan selepas Mesyuarat Agung PIBG ke-38 dijalankan..Sharing is Caring..=)



Mesyuarat Agung PIBG 2014

20 Mac 2014 : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 telah berlangsung di Dewan Sri Karyawan SM Sains Johor.. Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea bagi kedua-dua belah pihak, iaitu pihak sekolah dan juga ibubapa bagi meningkatkan lagi pencapaian pelajar dalam pelbagai bidang dan melahirkan modal insan keluaran SM Sains Johor yang cemerlang, gemilang dan terbilang..Selaras dengan Visi SMSJ 2014 mahu melahirkan modal insan yang cemerlang..

  Suasana Mesyarat agung PIBG ke-38..

 Kaunter pendaftaran..

  Ibubapa yang hadir..

   Ibubapa yang turut hadir..


  Barisan AJK PIBG 2013..

Usul dari ibubapa..

  Ulasan dari Pengetua SMSJ..

 Kaunter pendaftaran..

 Barisan AJK PIBG 2013..

Lantikan YDP PIBG sesi 2014..

Sesi perkenalan diri  PIBG sesi 2014..

 Jamuan makan di DSB..

      

Perfect Score SPM 2013!!!

20 Mac 2014 : Tahniah diucapkan kepada Batch Zedge dan pelajar-pelajar yang mendapat Perfect Score dalam SPM 2013.. Seramai 48 orang telah mendapat Perfect Score untuk SPM 2013 ini.. Tahniah juga kepada pelajar Batch Zedge yang lain, semoga terus berjaya ke menara gading.. SPM 2013 ini merupakan keputusan SPM terbaik sepanjang rekod SMSJ dan pelajar Batch Zedge ini juga pernah menjulang nama SMSJ pada PMR sebelum ini dengan tempat pertama di Johor.. Berikut beberapa wajah-wajah kecerian SPM 2013..



















       

Tahniah SPM 2013!!!

20 Mac 2014 : Hari yang dinantikan oleh semua warga SMSJ dan pelajar SPM Zedge 2013..Merupakan saat-saat yang mendebarkan menanti nama dipanggil ke atas pentas bagi yang mendapat Perfect Score dalam SPM 2013..

Trivia KEPUTUSAN SPM 2013 :
Bilangan Perfect Score : 48 Orang
% Perfect Score : 35.04 %
Gred Purata : 1.54
Kedudukan Dalam Negeri : 2

 Ucapan analisa SPM oleh Tuan Pengetua..

 Debaran menunggu keputusan diumumkan..


Tahniah!! Perfect score..

       

Misi Visi Fokus SMSJ 2014

Visi dan Misi KPM..

 Visi dan Misi SMSJ..

Fokus SMSJ 2014..


      

Tuesday, March 18, 2014

Info Terkini : Penambahbaikan PBS

18 March 2014



KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah  pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah  pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka  dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru-guru  untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS
Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru, didapati terdapat tiga isu utama  berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.....

Selanjutnya boleh rujuk pada laman sesawang KPM..[Klik disini] 

       

Sunday, March 16, 2014

Solat Sunat Istisqa'

16 Mac 2014 : Berikutan daripada kemarau yang melanda Kluang ditambah dengan catuan air yang lama, pihak pentadbiran SMSJ telah mengadakan Solat Sunat Istisqa' yang dilakukan oleh semua warga SMSJ di Padang SM Sains Johor seawal jam 7.20 pagi..Usaha yang dilakukan ini bagi memohon rahmat dari Allah berikutan dari masalah kemarau yang melanda Kluang kini dan warga SMSJ khususnya.. Selesai solat Istisqa', khutbah telah dibacakan oleh Ustad Zainul..Selepas itu, disusuli dengan solat Dhuha dan Solat Hajat untuk mereka yang terlibat dalam pesawat MH370..Amin





Solat Istisqa' iaitu solat mohon hujan dilakukan berikutan masalah kemarau yang hampir 3 bulan melanda di Kluang khususnya dan catuan air yang panjang sehingga 2-3 hari.. Ini merupakan inisiatif untuk memohon hujan kepadaNya.. Solat Istisqa' ini dilakukan sebanyak dua rakaat dengan 2 takbir pada rakaat pertama dan 7 takbir pada rakaat kedua..Selepas itu, khutbah dibacakan..Ianya seperti perlakuan solat Hari Raya.. Semoga dengan ikhtiar dan doa kami ini diperkenankan oleh Allah yang Maha Esa..Amin..





Situasi di Padang SM Sains Johor, Kluang..
     
    

Friday, March 14, 2014

Keputusan SPM 2013

Makluman penting kepada semua pelajar Batch Zadge, SPM 2013 berkenaan keputusan SPM..Semoga mendapat Perfect Score dan keputusan yang baik..Patuhi tatacara berpakaian semasa mengambil keputusan nanti..Harap maklum..

Kenyataan Akhbar..


 Semakan atas talian..

        

Monday, March 3, 2014

Program Membaca

3 Mac 2014 : Pada minggu ini dijalankan satu Program Gerakan Membaca untuk warga SMSJ..Program dirasmikan oleh Tuan Pengetua, En. Ibrahim Omar pada perhimpunan rasmi 3 Mac 2014 di Dewan Sri Karyawan.. Semoga minat membaca terutama bahan-bahan ilmiah ini dapat diterapkan dalam jiwa setiap pelajar di SMSJ ini..

 Program Membaca diadakan di DSK..

 Handphone baru ke..=)

 Khusyuk menonton tayangan video..

Ucapan oleh Tuan Pengetua..

Majlis perasmian oleh Tuan Pengetua..

     

Popular Posts

SCM