.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Kluang. Show all posts
Showing posts with label Kluang. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

Kawad Kaki GO Kluang 2014


12 April 2014 : Telah berlangsung pertandingan Kawad Kaki Kategori Kerajaan (GO) Daerah Kluang 2014 di Sekolah Tinggi Kluang.. Seramai 18 pasukan menyertai pada pertandingan tahun ini.. SMSJ telah menghantar 2 platun Kadet Polis lelaki dan perempuan.. Keputusan pertandingan ialah SMK Sultan Abdul Jalil johan platun Kadet Polis lelaki dan perempuan serta ketua platun terbaik.. Tahniah kepada semua platun yang menyertai..


    Pegawai PPD, En. Joehadi di kaunter pendaftaran..


 Platun perempuan Kadet Polis SMSJ bergambar bersama saudara Firdaus Azman, Bekas pelajar 2013 yang merupakan ahli kadet Polis hadir bersama memberikan sokongan kepada platun Kadet Polis lelaki dan perempuan SMSJ..


 Pemeriksaan pakaian..


 Persembahan kawad kaki bermula..


Platun Kadet Polis perempuan SMSJ siap sedia..


Pemeriksaan pakaian..

 Bersiap siaga..

 Kadet Polis perempuan SMSJ..

 Perbarisan untuk ke majlis penutup..


Ketua platun terbaik..SMKSAJ..

    

Sunday, August 1, 2010

Kejohanan Hoki 6 Sebelah Kluang

Saturday, July 10, 2010

Latihan Menembak : Kadet Polis

Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang Sasar Bukit Kangkar, Tangkak, Muar.. Seramai 25 anggota kadet polis dari SMSJ serta diiringi guru yang terlibat iaitu cikgu Esa, cikgu Nukhairi dan juga cikgu Syaiful telah menyertai untuk acara latihan menembak ini..

Kami semua bertolak dari sekolah pada jam 7.00pagi ke Balai Polis Kluang dan berkumpul di sana untuk konvoi menaiki trak polis..Kesemua peserta bertolak tepat jam 8.00pagi ke Lapang Sasar di Muar.. Kami semua tiba dalam jam 9.40pagi.. Setibanya di sana, kami terus menjamu sarapan..
Setelah selesai, peserta dipanggil berkumpul bagi sesi penerangan pengunaan serta teknik mengendalikan senjata M16 kepada kesemua anggota Kadet Polis sebelum latihan sebenar dimulakan.. Tujuan latihan menembak ini adalah sebagai pendedahan kepada anggota kadet polis mengenai penggunaan senjata rifle M16.. Setelah selesai taklimat, latihan menembak dimulakan.. Tepat jam 12.30tengahari, kami semua ke masjid terdekat untuk menunaikan solat jumaat.. Setelah selesai menunaikan solat, kesemua anggota yang kembali ke lapang sasar dan menjamu selera dengan makan tengahari yang telah disediakan.. Setelah kenyang menjamu selera, latihan menembak bersambung semula.. Kesemua anggota Kadet dan guru-guru merasai penggunaan rifle M16.. Acara terakhir pula, guru-guru mencuba pistol jenis beretta menembak papan sasaran pada jarak dekat.. Setelah selesai, acara penyampaian hadiah dan sijil dilakukan.. Keputusan latihan menembak ini, SMSJ mendapat naib johan bagi siri ini, manakala cikgu pula dimenangi oleh SMSJ iaitu cikgu Nukhairi.. Sebelum majlis tamat, kesemua peserta dikehendaki melakukan ikrar..
Tepat jam 6.30petang, kami semua bertolak pulang.. Kami singgah di Hentian Pagoh untuk menunaikan solat maghrib dan berehat.. Tepat jam 8.00malam, kesemua konvoi bergerak pulang ke Kluang..Trak yang membawa anggota kadet polis SMSJ tiba di sekolah pada jam 9.40malam..

Popular Posts

SCM