.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Saturday, December 25, 2010

Tahniah PMR 2010

Pada khamis bersamaan 23 Disember 2010, keputusan PMR telah keluar dan pelajar hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan PMR tersebut.. Mereka menanti dengan penuh debaran bersama ibu bapa masing-masing.. Tepat jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Sri Bakti, keputusan PMR disampaikan kepada pelajar oleh YDP PIBG dan PK 1 bagi pelajar yang mendapat Perfect Score..

Berita Harian 28 Disember 2010..

Keputusan secara ringkas, SMSJ menduduki tempat ke 10 SBP dengan gred purata 1.075.. Seramai 89 orang mendapat Perfect Score..

Bergambar bersama-sama..

Guru menyemak slip keputusan..

Sesi penyampaian keputusan PMR & bunga telur..


YDP PIBG dan PK 1 SMSJ..


Monday, December 20, 2010

Menjelang tahun 2011

LAWATAN STAF KE KUALA LUMPUR
Tarikh : 22 Disember 2010
Masa : 5.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur, Pusat Kraf, Parlimen dll
***************************************
KEPUTUSAN PMR 2010
Tarikh : 23 Disember 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sri Karyawan, SMSJ
**************************************
MESYUARAT GURU
Tarikh : 30 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : Mula jam 0830
Tempat : Dewan Sri Bakti
Penglibatan : Semua guru SMSJ
**************************************
SESI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011
Tarikh : 2 Januari 2011
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kelas & asrama
( surat akan dihantar kepada ibubapa )
****************************************

Friday, December 17, 2010

EVOLUTION95 PMR 2010

Makluman kepada pelajar tingkatan 3 2010 (Evolution95) :
Berikut adalah tatacara pakaian yang ditetapkan pihak sekolah semasa mengambil keputusan PMR nanti..

Pelajar Putera : Pakaian kemas dengan baju berkolar serta tuck in.
Pelajar Puteri : Baju kurung dan pakaian yang sopan.
Dilarang : Pemakaian selipar dan jeans tidak dbenarkan sama skali..


:: pesan pada kawan2 lain yang masih tidak dapat info dari sekolah..tq


.:: Gudluck evo95 PMR 2010 ::.

Sunday, December 5, 2010

Salam Awal Muharram

Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember 2010 kepada seluruh umat islam dipelusuk mukabumi ini dan warga SM Sains Johor khususnya.. Semoga azam tahun ini telah disempurnakan dengan jayanya dan semoga azam tahun baru nanti akan membawa kepada lebih kebahagiaan dan kesejahteraan.. Amin..


SALAM AWAL MUHARRAM : 1432H

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

Monday, November 8, 2010

Majlis Malam Anugerah Kualiti Sri Gemilang 2010

Majlis Malam Anugerah Kualiti Sri Gemilang 2010 akan diadakan pada Rabu 10 November 2010 jam 7.45 malam hingga 10.30 malam di Dewan Sri Karyawan.. Guru-guru serta kakitangan SMSJ dijemput hadir bagi menyerikan serta menjayakan lagi program ini..

Thursday, October 28, 2010

Lawatan Pn Ashah ke SMSJ

Pada 19 Oktober 2010, telah berlangsung sebuah Majlis Sepantai Budi Selautan Kenangan iaitu Majlis Persaraan pengetua SMSJ, Tn. Hj. Nojumuddin B. Abd Samad, P.I.S. selaku Pengetua Cemerlang Jusa C di SM Sains Johor..












Semoga jasa beliau sepanjang berada di SMSJ ini dapat diteruskan oleh pentadbiran yang baru nanti.. Jasamu dikenang (2002 - 2010)..

Wednesday, September 22, 2010

Program Perfect Score SPM SBP Zon Selatan


Program "Perfect Score" SPM

bagi SBP Zon Selatan 2010..

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 24-26 September 2010


SELAMAT DATANG KE SMSJ..

Info tambahan :
* Gambar yang ditempah telah diedarkan pada 1 September 2010 menggunakan parkhidmatan Pos Laju.. Harap maklum..

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia



Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.. Justeru itu, mulai tahun 2010, telah diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia sempena memperingati Hari Malaysia ini yang akan disambut setiap 16 September setiap tahun bagi mengingati & menghargai usaha pembentukan Malaysia ini..


Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran


Sempena lebaran yang akan tiba tidak lama lagi, saya serta seluruh warga SM Sains Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali, staf-staf serta pelajar SMSJ & muslimin muslimat di luar sana.. Maaf dipinta sekiranya terdapat salah silap, terlebih terkurang, terkasar bahasa atau sebagainya sepanjang penglibatan saya disini.. Semoga kita semua dapat menyambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran & kegembiraan.. Amin..

Kepada pelajar yang bakal menduduki PMR & SPM, di harap dapat memberi tumpuan kepada ulangkaji supaya tradisi kecemerlangan menjadi milik kita semua warga SMSJ, Saya Menang Saya Juara!!!

Sekian untuk kali ini.. Selamat Hari Raya kepada semua..=)


Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Saturday, September 4, 2010

Kelas Masa Cuti PMR & SPM

Pada 3 - 6 September 2010 telah diadakan bengkel bagi subjek peperiksaan kepada pelajar SPM & PMR sesi 2010.. Jadual bagi slot mengikut matapelajaran telah ditetapkan supaya pelajar dan guru dapat bersedia bagi bengkel ini.. Ini bagi memantapkan lagi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Guru-guru yang terlibat dalam kelas peperiksaan ini telah memberikan komitmen yang tinggi biarpun pada waktu tersebut sudah bermula cuti sekolah sempena Hari Raya beberapa hari lagi..

Bengkel yang diadakan ini juga turut disertai dari 2 buah sekolah luar yang pelajarnya dihantar oleh pihak sekolah masing-masing iaitu SMK LKTP Belitong & SMK Layang-layang.. Mereka juga ditempatkan di asrama ini dan menjalankan aktiviti rutin sama seperti pelajar disini.. Pengalaman belajar dan tinggal di asrama dapat memberikan mereka inspirasi untuk berjaya.. Di harap pelajar dapat menyuntik semangat untuk berjaya dengan cemerlang bersama-sama pelajar lain dan telah bersedia untuk menghadapi PMR & SPM nanti..


Wednesday, September 1, 2010

Jamuan Biro DSB

Pada 1 Ogos 2010, telah diadakan jamuan kepada biro DSB di Restoran 2 City di Bandar Kluang.. Seramai 40 orang ahli biro telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa ini.. Pelbagai menu yang enak & lazat dihidangkan sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka yang telah membantu pihak pengurusan asrama terutama Biro DSB dalam majlis-majlis yang diadakan.. Diharap penghargaan ini dapat menyuntik lagi semangat ahli biro untuk lebih ringan tulang membantu pihak sekolah..


Bertolak pada jam 6.30 petang..






Berbuka puasa & bergambar..



Pulang semula ke asrama..


Monday, August 30, 2010

Lawatan PPD Kluang

Pada 30 Ogos 2010, pihak PPD Kluang telah berkunjung ke SM Sains Johor untuk berbuka puasa & terawih bersama-sama warga SM Sains Johor.. Rombongan PPD tiba pada jam 6.50 petang dan terus ke Surau Al-Ehsan.. Pihak PPD, pihak pentadbir dan guru berbuka puasa dengan hidangan kurma, kuih dan air dan selepas itu solat maghrib berjemaah sebelum berbuka puasa di Dewan Makan Sri Budiman bersama pelajar..

Berbuka di Surau Al-Ihsan..


Berbuka puasa bersama guru & pelajar di Dewan Sri Budiman selepas Solat Maghrib..


Solat isyak & terawih..Ucapan dari Tuan Pegawai PPD Kluang..



Moreh selepas terawih di DSB..


Friday, August 20, 2010

Merdeka!!!



Sedar tidak sedar, kita telah menghampiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara yang tercinta ini yang ke-53 pada 31 Ogos 2010 ini.. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi.. Namun begitu, Hari Merdeka disambut pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.. Diharap Hari Kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan penuh kesedaran serta keinsafan di atas kemerdekaan negara tercinta ini.. Kekalkan perpaduan dan semangat patriotisme agar kemerdekaan ini terus dikecapi sampai bila-bila.. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Popular Posts

SCM