.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

Bulan Kemerdekaan SMSJ 2014

20 Ogos 2014 : Pagi ini merupakan pelancaran bulan Kemerdekaan oleh Pengetua peringkat SM Sains Johor.. Pemberian bendera Malaysia kepada semua kenderaan guru dan staf SMSJ.. Diharap kesemua warga SMSJ dapat menerapkan nilai patriotik yang tinggi dalam diri.. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta..".. Dalam masa yang sama kita semua warga Malaysia mengucapkan takziah kepada semua keluarga MH17, semoga bersabar atas dugaan yang melanda negara..Al-Fatihah..

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia



Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.. Justeru itu, mulai tahun 2010, telah diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia sempena memperingati Hari Malaysia ini yang akan disambut setiap 16 September setiap tahun bagi mengingati & menghargai usaha pembentukan Malaysia ini..


Friday, August 20, 2010

Merdeka!!!



Sedar tidak sedar, kita telah menghampiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan negara yang tercinta ini yang ke-53 pada 31 Ogos 2010 ini.. Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi.. Namun begitu, Hari Merdeka disambut pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.. Diharap Hari Kemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dan penuh kesedaran serta keinsafan di atas kemerdekaan negara tercinta ini.. Kekalkan perpaduan dan semangat patriotisme agar kemerdekaan ini terus dikecapi sampai bila-bila.. MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Popular Posts

SCM