.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Lawatan PPD Kluang

Pada 30 Ogos 2010, pihak PPD Kluang telah berkunjung ke SM Sains Johor untuk berbuka puasa & terawih bersama-sama warga SM Sains Johor.. Rombongan PPD tiba pada jam 6.50 petang dan terus ke Surau Al-Ehsan.. Pihak PPD, pihak pentadbir dan guru berbuka puasa dengan hidangan kurma, kuih dan air dan selepas itu solat maghrib berjemaah sebelum berbuka puasa di Dewan Makan Sri Budiman bersama pelajar..

Berbuka di Surau Al-Ihsan..


Berbuka puasa bersama guru & pelajar di Dewan Sri Budiman selepas Solat Maghrib..


Solat isyak & terawih..Ucapan dari Tuan Pegawai PPD Kluang..



Moreh selepas terawih di DSB..


Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Pada 11 Ogos 2010 ini bersamaan 1 Ramadan 1431 hijrah, bertemu sekali lagi dimana semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan ini.. Di harap semua warga SM Sains Johor khususnya & umat islam amnya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan ini dengan penuh keimanan & keredaan.. Dalam masa yang sama, kita semua dapat melaksanakan kewajipan bertaqwa kepada Allah dan melakukan segala perintah-Nya serta menjauhi semua larangan-Nya..

Berikut adalah jadual waktu Imsak & Berbuka puasa bagi tahun 1431H/2010M negeri Johor untuk zon 3 iaitu daerah Kluang & Pontian.. Untuk kawasan lain, boleh ke link ini untuk mendapatkan jadual penuh (Link: www.islam.gov.my).. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan, kesyukuran, kemanisan & kesabaran.. =)

Jadual waktu imsak & berbuka puasa bagi zon 3 iaitu daerah Pontian & Kluang..


Selamat Berpuasa!!!

Popular Posts

SCM