.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)
Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

LDP - Integriti


Pada 23 Julai 2011 iaitu hari Sabtu, satu kursus LDP telah dijalankan oleh En. Mohammad Diah B. Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam Institut Integriti Malaysia yang juga merupakan bekas pelajar SMSJ (1975-1979).. Kursus ini dijalankan di Dewan Sri Bakti, SM Sains Johor.. Kursus ini adalah dijalankan untuk guru serta staf SMSJ mengenai Integriti Dalam Perkhidmatan Awam..


Thursday, May 13, 2010

Program SAJ bersama SMSJ

Pada Rabu 12 Mei 2010, telah berlangsung program yang dianjurkan oleh SAJ (Syarikat Air Johor) bersama SMSJ di Dewan Sri Karyawan pada jam 2.30 petang.. Program Pendidikan Air "Setiap Titisan Berharga" diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri johor dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pelajaran Johor.. Penceramah ialah Pn. Nor Huda bte Mohamed Nor, Eksekutif Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings yang juga merupakan bekas pelajar SMSJ..

Pelajar yang terlibat untuk program ini dari tingkatan 1,2 dan 4.. Pelbagai ilmu dan pengetahuan dikongsi oleh pihak SAJ kepada pelajar SMSJ.. Info yang diberikan amat berguna kepada semua agar kita tidak membazir air dan menggunakan air kepada keperluan yang perlu sahaja.. Selain itu, pihak SAJ juga menceritakan mengenai isu-isu terkini berkaitan air.. Maklumat ini bukan sahaja berguna sebagai sumber maklumat tambahan, malah dapat diaplikasikan untuk membuat karangan dalam pelajaran..

Antara aktiviti yang dijalankan..

Penyampaian cenderamata oleh cikgu Hasnah..

Bergambar kenangan..


Wednesday, March 3, 2010

Program Mesra IWK bersama Warga SMSJ




Hari ini iaitu 3 Mac jam 3.00petang bertempat di Dewan Sri Karyawan berlangsung majlis ilmu iaitu ceramah mengenai IWK yang disampaikan oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) sendiri.. IWK (Indah Water Konsortium) merupakan syarikat pembetungan utama di Malaysia yang memastikan sistem kumbahan dirawat untuk mengelakkan berlakunya ketidakselesaan dan penyebaran penyakit.. Ceramah ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan dan sistem saliran kerana ianya menjadi sumber air kepada kita semua.. Justeru itu, sistem saliran yang sempurna disamping kesedaran pengguna supaya tidak mengotorkan sumber air dan membuang sampah/bahan buangan ke dalam saliran kumbahan amat penting..

Popular Posts

SCM