.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Saturday, September 4, 2010

Kelas Masa Cuti PMR & SPM

Pada 3 - 6 September 2010 telah diadakan bengkel bagi subjek peperiksaan kepada pelajar SPM & PMR sesi 2010.. Jadual bagi slot mengikut matapelajaran telah ditetapkan supaya pelajar dan guru dapat bersedia bagi bengkel ini.. Ini bagi memantapkan lagi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Guru-guru yang terlibat dalam kelas peperiksaan ini telah memberikan komitmen yang tinggi biarpun pada waktu tersebut sudah bermula cuti sekolah sempena Hari Raya beberapa hari lagi..

Bengkel yang diadakan ini juga turut disertai dari 2 buah sekolah luar yang pelajarnya dihantar oleh pihak sekolah masing-masing iaitu SMK LKTP Belitong & SMK Layang-layang.. Mereka juga ditempatkan di asrama ini dan menjalankan aktiviti rutin sama seperti pelajar disini.. Pengalaman belajar dan tinggal di asrama dapat memberikan mereka inspirasi untuk berjaya.. Di harap pelajar dapat menyuntik semangat untuk berjaya dengan cemerlang bersama-sama pelajar lain dan telah bersedia untuk menghadapi PMR & SPM nanti..


Popular Posts

SCM