.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Tuesday, April 20, 2010

Perjumpaan Rumah kali ke-2

Pada 19 April 2010, iaitu pada pagi isnin telah diadakan perjumpaan rumah untuk membincangkan mengenai majlis yang akan dikendalikan oleh setiap rumah.. Setiap majlis tersebut telah ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut giliran bagi acara-acara besar sekolah..

Tujuan utama pembahagian tugas untuk pengendalian majlis besar sekolah adalah selaras dengan sistem rumah itu sendiri, iaitu mahu melibatkan semua pelajar agar mempunyai sikap kerjasama dan boleh bekerja dalam satu kumpulan.. Dari sini, kita boleh lihat sifat kepimpinan pelajar dan juga kekuatan sesuatu rumah itu disamping guru-guru yang memainkan peranan penting untuk membimbing pelajar.. Berikut adalah majlis besar sekolah yang perlu dikendalikan mengikut rumah :

1) Rumah Buana (hijau) - Hari Terbuka Asrama
2) Rumah Segara (biru) - Hari Guru
3) Rumah Suria (kuning) - Hari Kokurikulum
4) Rumah Purnama - Majlis Malam Seri Gemilang

Justeru itu, perjumpaan ini dimanfaatkan oleh semua pelajar dan guru setiap rumah bagi membincangkan aktiviti serta kelancaran majlis nanti.. Komitmen semua amat penting dalam sistem rumah ini kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kedudukan rumah itu sendiri di SMSJ ini..

Semua memberikan idea dan aktiviti yang sesuai serta melantik organisasi induk..


Antara aktiviti yang dijalankan semasa perjumpaan rumah Suria..

Popular Posts

SCM