.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, July 8, 2011

Pemantauan SBP

Pada 8 Julai 2011, SM Sains Johor telah didatangi dua orang pemantau dari SBP berkenaan dengan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi).. Kebetulan pada hari yang sama juga diadakan rehearsal penuh untuk Kejohanan Balapan Dan Padang Ke-36 keesokkan harinya..

Pegawai tersebut tiba pada jam 8.00 pagi dan terus disambut pihak pentadbiran sekolah.. Seterusnya, mereka dibawa ke bilik tayangan untuk persembahan powerpoint berkenaan sekolah.. Terdapat juga sesi soal jawab bagi penambahbaikan dalam slide sedia ada ini.. Segala info diterjemahkan ke dalam slide tersebut.. Selepas selesai, mereka dibawa ke bilik fail bagi tujuan pemantauan.. Selesai sahaja, mereka dihidangkan dengan minum pagi.. 

Kemudian, kedua-dua orang pegawai tersebut melakukan pemantauan di asrama diiringi oleh warden Putera dan Puteri.. Pelbagai cadangan dan nasihat diberikan supaya SMSJ mencapai ke arah SBT ini.. Diharap pada pemantaun sebenar nanti SMSJ akan terus mendapat status SBT ini selepas baru mendapat taraf Sekolah Kluster pada pertengahan tahun baru-baru ini..

 persembahan powerpoint..

 Semakan fail..

 Minum-minum..

Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang ke-36


Pada hari esok iaitu sabtu 9 Julai 2011 akan berlangsung Kejohanan Olahraga Balapan Dan Padang kali ke-36 Sekolah Menengah Sains Johor.. Persiapan semua rumah begitu rancak dalam seminggu ini bagi mempamirkan kehebatan rumah masing-masing.. Antaranya ialah penyediaan kostum untuk perbarisan, kawad kaki, moskot rumah dan sebagainya..

Acara akan bermula pada jam 8.00pagi di Padang A SM Sains Johor dan akan berakhir pada jam 12.00 tengahari.. Selepas itu, pelajar boleh pulang bersama keluarga mereka..

Wednesday, July 6, 2011

Gambar IMTIAZ..




Monday, July 4, 2011

Selamat Datang SM Imtiaz K.Terengganu


Hari ini bersamaan 4 Julai, delegasi dari SM Imtiaz Kuala Terengganu telah selamat tiba di SM Sains Johor pada jam 8.00 pagi.. Ketibaan mereka disambut oleh jawatankuasa program Jalinan Kasih serta lensa MERCUlegacy.. Mengikut perancangan, sepatutnya mereka tiba semalam namun mereka telah tiba pada hari ini dengan selamat.. Pelajar-pelajar Imtiaz yang diiringi 2 orang guru sekolah mereka diberikan rakan angkat supaya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama dan belajar di SMSJ ini.. mereka akan berkongsi dengan segala kemudahan dan ilmu dengan rakan serta guru SMSJ ini selama 3 hari sehingga 6 Julai ini (rabu).. Diharapkan perkongsian ini dapat membentuk ukhwah yang hakiki dalam proses menuntut ilmu.. Ahlan wa sahlan

    

Sunday, July 3, 2011

Berakhir sudah Kejohanan Hoki 6 Sebelah

Akan dikemaskini..

Popular Posts

SCM