.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Thursday, June 23, 2011

Simulasi Menembak

Pada 22 Jun jam 3.00 petang, Skuad Kadet Polis SMSJ telah menghantar seramai 32 ahli Kadet iaitu 16 lelaki & 16 perempuan ke simulasi menembak yang diadakan di SMK Seri Intan..Cuaca hujan dan ketiadaan bas sekolah tidak menghalang untuk skuad Kadet Polis SMSJ untuk hadir ke simulasi menembak ini yang merupakan wajib kepada mereka yang akan ke lapang sasar sebenar.. Guru yang mengiring adalah cikgu Esa dan juga cikgu Syaiful.. Antara sekolah yang terlibat bagi simulasi pada kali ini adalah SMSJ sendiri, SMK Seri Intan, SMK Seri Lalang dan juga SMK Jalan Mengkibol..

Sarjan Suhaimi serta beberapa pembantunya bertanggungjawab untuk mengajar bagi simulasi ini kerana melibatkan penggunaan senjata M16 yang sebenar..Penerangan serta praktikal diberikan supaya ahli kadet dapat membiasakan dengan M16 ini.. Justeru itu, simulasi ini diberikan kepada pelajar serta guru pengiring sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum mereka ke lapang sasar menembak yang sebenar yang menggunakan senjata M16 serta peluru hidup..

Sunday, June 19, 2011

Sekolah sains baru di Kluang

Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembrong.. Terletak berhampiran antara satu sama lain yang hanya perjalanan mengambil masa selama 15minit sahaja.. Ini membuktikan Kluang bertuah kerana dapat melahirkan modal insan yang cemerlang kepada negara.. 

En. Basir bin Ibrahim yang merupakan PK Hem SMSJ telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemegang Amanah di SMS Sembrong bermula penghujung bulan april.. Beliau dengan komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh KPM kepada beliau..

Logo SMS Sembrong..

Sekolah ini telah mula beroperasi pada bulan Jun dengan kemasukan beberapa orang guru.. Dan mula beroperasi sepenuhnya pada Julai ini.. Dengan adanya blog SMS Sembrong iaitu kliklink dapat memberikan info sekolah berkenaan serta perkongsian maklumat dan kemahiran antara kedua-dua buah sekolah ini..



Kem Batch Tingkatan 4

Pada 16 hingga 18 Jun 2011, pelajar tingkatan 4 telah menyertai kem motivasi antara batch sesama mereka di Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.. Tujuan kem ini adalah bagi merapatkan ukwah sesama mereka serta memotivasikan mereka kearah insan yang berguna nanti.. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program di sini... Di harap mereka akan lebih berubah sekembali di sekolah nanti..

Hari Terbuka & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35


Wednesday, June 15, 2011

Popular Posts

SCM