.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Thursday, June 23, 2011

Simulasi Menembak

Pada 22 Jun jam 3.00 petang, Skuad Kadet Polis SMSJ telah menghantar seramai 32 ahli Kadet iaitu 16 lelaki & 16 perempuan ke simulasi menembak yang diadakan di SMK Seri Intan..Cuaca hujan dan ketiadaan bas sekolah tidak menghalang untuk skuad Kadet Polis SMSJ untuk hadir ke simulasi menembak ini yang merupakan wajib kepada mereka yang akan ke lapang sasar sebenar.. Guru yang mengiring adalah cikgu Esa dan juga cikgu Syaiful.. Antara sekolah yang terlibat bagi simulasi pada kali ini adalah SMSJ sendiri, SMK Seri Intan, SMK Seri Lalang dan juga SMK Jalan Mengkibol..

Sarjan Suhaimi serta beberapa pembantunya bertanggungjawab untuk mengajar bagi simulasi ini kerana melibatkan penggunaan senjata M16 yang sebenar..Penerangan serta praktikal diberikan supaya ahli kadet dapat membiasakan dengan M16 ini.. Justeru itu, simulasi ini diberikan kepada pelajar serta guru pengiring sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum mereka ke lapang sasar menembak yang sebenar yang menggunakan senjata M16 serta peluru hidup..

Popular Posts

SCM