.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Tuesday, January 11, 2011

Meeting MERCU 2011

Mulai tahun 2011 ini, MERCU akan dihidupkan kembali setelah sekian lama tidak dihasilkan.. Pada 10 Jan 2011 jam 10.40 pagi bertempat di bilik mesyuarat, telah diadakan perjumpaan MERCU krew 2011 dengan En. Basir bagi membincangkan kandungan yang akan dimuatkan serta perancangan bagi melaksanakan MERCU 2011 ini.. Dengan adanya pasukan ini akan menghasilkan kualiti dan kreativiti yang terbaik melalui pimpinan baru ini..

Sepanjang perjalanan mesyuarat MERCU 2011..

Wednesday, January 5, 2011

Akan muncul 2011


Sunday, January 2, 2011

Selamat Datang 2011

Pada 2 Januari 2011 jam 2.00 petang, bermulalah sesi pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 2,3,4 dan 5 untuk kelas dan asrama yang mana sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya iaitu 3 Januari 2011.. Bangunan asrama serta bangunan sekolah yang telah dilakukan proses penambahbaikan semasa cuti seperti dicat baru, penukaran bumbung serta pemasangan penghadang hujan dapat menambahkan lagi keselesaan putera serta puteri SMSJ untuk terus berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh..

Setelah lama bercuti, kini tiba masanya pelajar-pelajar kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran mereka di sini.. Suasana yang penuh dengan keceriaan memenuhi sesi pendaftaran ini.. Pada masa yang sama memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan guru-guru kelas anak mereka..

Setelah selesai melakukan pembayaran, pelajar mengambil peralatan serta buku kerja di Koperasi SM Sains Johor dan terus ke asrama untuk mengemas barang dan pakaian di dorm masing-masing..




Saturday, December 25, 2010

Tahniah PMR 2010

Pada khamis bersamaan 23 Disember 2010, keputusan PMR telah keluar dan pelajar hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan PMR tersebut.. Mereka menanti dengan penuh debaran bersama ibu bapa masing-masing.. Tepat jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Sri Bakti, keputusan PMR disampaikan kepada pelajar oleh YDP PIBG dan PK 1 bagi pelajar yang mendapat Perfect Score..

Berita Harian 28 Disember 2010..

Keputusan secara ringkas, SMSJ menduduki tempat ke 10 SBP dengan gred purata 1.075.. Seramai 89 orang mendapat Perfect Score..

Bergambar bersama-sama..

Guru menyemak slip keputusan..

Sesi penyampaian keputusan PMR & bunga telur..


YDP PIBG dan PK 1 SMSJ..


Monday, December 20, 2010

Menjelang tahun 2011

LAWATAN STAF KE KUALA LUMPUR
Tarikh : 22 Disember 2010
Masa : 5.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Kuala Lumpur, Pusat Kraf, Parlimen dll
***************************************
KEPUTUSAN PMR 2010
Tarikh : 23 Disember 2010
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Sri Karyawan, SMSJ
**************************************
MESYUARAT GURU
Tarikh : 30 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : Mula jam 0830
Tempat : Dewan Sri Bakti
Penglibatan : Semua guru SMSJ
**************************************
SESI PENDAFTARAN PELAJAR SESI 2011
Tarikh : 2 Januari 2011
Hari : Ahad
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kelas & asrama
( surat akan dihantar kepada ibubapa )
****************************************

Popular Posts

SCM