.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Sunday, March 16, 2014

Solat Sunat Istisqa'

16 Mac 2014 : Berikutan daripada kemarau yang melanda Kluang ditambah dengan catuan air yang lama, pihak pentadbiran SMSJ telah mengadakan Solat Sunat Istisqa' yang dilakukan oleh semua warga SMSJ di Padang SM Sains Johor seawal jam 7.20 pagi..Usaha yang dilakukan ini bagi memohon rahmat dari Allah berikutan dari masalah kemarau yang melanda Kluang kini dan warga SMSJ khususnya.. Selesai solat Istisqa', khutbah telah dibacakan oleh Ustad Zainul..Selepas itu, disusuli dengan solat Dhuha dan Solat Hajat untuk mereka yang terlibat dalam pesawat MH370..Amin





Solat Istisqa' iaitu solat mohon hujan dilakukan berikutan masalah kemarau yang hampir 3 bulan melanda di Kluang khususnya dan catuan air yang panjang sehingga 2-3 hari.. Ini merupakan inisiatif untuk memohon hujan kepadaNya.. Solat Istisqa' ini dilakukan sebanyak dua rakaat dengan 2 takbir pada rakaat pertama dan 7 takbir pada rakaat kedua..Selepas itu, khutbah dibacakan..Ianya seperti perlakuan solat Hari Raya.. Semoga dengan ikhtiar dan doa kami ini diperkenankan oleh Allah yang Maha Esa..Amin..





Situasi di Padang SM Sains Johor, Kluang..
     
    

Popular Posts

SCM