.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Saturday, June 26, 2010

Solar Car Race

Pada 26 Jun telah berlangsung pertandingan kereta solar di SMSJ sempena Festival Sains & Teknologi Sekolah Menengah daerah Kluang 2010.. Pendaftaran bermula jam 8 pagi dimana peserta yang terlibat mendaftar untuk mencabut nombor giliran.. Pasukan SMSJ telah mendapat giliran ke-4.. Kemudian, kesemua pasukan membuat persiapan di meja masing-masing.. Sebanyak 9 buah sekolah mendaftar untuk pertandingan kereta solar ini.. Acara dimulakan dengan taklimat oleh pengelola program mengenai peraturan & syarat pertandingan.. Selepas itu, kereta solar setiap peserta di uji nilai voltan, arus dan kuasa supaya tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan.. Setelah selesai, setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan mengenai projek kereta solar kepada juri penilai..


Setelah selesai persembahan, acara yang dinanti iaitu perlumbaan kereta solar bermula.. Matahari pada hari ini sangat sesuai dan acara dimulakan dengan lancar.. Pada perlumbaan saringan, SMSJ dalam kumpulang B telah terpilih ke peringkat akhir.. Secara keseluruhannya, pasukan SMSJ mendapat tempat ketiga, pasukan SM Vokasional Kluang tempat kedua & SM Jln Mengkibol tempat pertama.. Selesai penyampaian sijil, pasukan pemenang terus ke SM Sultan Abdul Jalil untuk acara penutup & penyampaian piala..


Taklimat kepada peserta mengenai syarat pertandingan..

Hakim menilai kereta solar peserta..

Pasukan Solar Rangers..

Hakim pertandingan serta juri pencatat masa..


Sunday, June 13, 2010

Reunion SMSJ'77

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengimbau kenangan bersama di SMSJ.. Sebaik sahaja pendaftaran pada pagi sabtu, peserta telah mula memasuki asrama untuk merasai sendiri suasana semasa belajar dahulu.. Pada tengahari, mereka semua makan di dewan makan beramai-ramai.. Pada waktu petang pula, mereka mengelilingi kawasan sekolah dan bergambar kenangan biarpun suasana dan frasarana serta infrastruktur sekolah telah banyak berubah.. Lebih mengimbau kenangan, mereka sembahyang berjemaah beserta dengan tazkirah di Surau Al-Ihsan..

***********





Kemuncak program : malam reunion smsj'77


Tayangan gambar lama..

Gambar kenangan..

Pada sebelah malam pula, majlis makan bersama diadakan di Dewan Sri Karyawan.. Pelbagai aktiviti dijalankan bersama seperti bergambar, nyanyian, tayangan gambar-gambar lama, persembahan, dan juga cabutan bertuah.. Selain itu, mereka juga telah menyumbangkan buku pelajaran kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Cikgu Samad.. Reunion ini bukan sahaja melibatkan pelajar batch pertama tetapi guru-guru yang mengajar mereka juga..

Persembahan nyanyian..


Sesi penyampaian hadiah & Cabutan bertuah..


Saturday, June 12, 2010

Reunion Batch Pertama SMSJ : 73-77

Hari ini merupakan reunion bagi batch pertama SMSJ yang diadakan di SMSJ sendiri selama 2 hari sehingga esok iaitu 12 & 13 Jun 2010.. Pertemuan ini telah dirancang oleh ahli-ahli batch 1977 untuk reunion di SMSJ bagi mengimbau kenangan semasa belajar dahulu.. AJK yang terlibat telah tiba di asrama SMSJ pada petang jumaat untuk membuat segala persiapan..



Sesi pendaftaran..

Pelbagai aktiviti dirancang untuk program ini.. Bagi merasai suasana, mereka tinggal di asrama.. Reunion ini pasti dapat mengingatkan pelbagai kenangan pahit manis sepanjang mereka di sini..Pertemuan dengan rakan-rakan lama pasti banyak mengungkit kisah-kisah suka duka pahit bersama sepanjang belajar disini kerana mereka batch pertama yang memasuki sekolah ini pada tahun 1974 dibuka, namun pada 1973 mereka menumpang di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.. Kemudahan pada masa itu amat terbatas, namun semangat yang tinggi untuk berjaya menyebabkan mereka dapat menempuhi segala cabaran dan rintangan tersebut..

Selamat Datang SMSJ'77 Reunion..

.:: "Pinang pulang ke tampok, Sireh pulang ke gagang" ::.


Thursday, June 10, 2010

Ragbi SMSJ : Road to Singapore

Seramai 3 orang guru & 36 orang pelajar ke Greenridge Secondary School di Singapura pada 5 jun 2010.. Ini merupakan program pengantarabangsaan ragbi iaitu Road to Singapore diantara SM Sains Johor & Greenridge Secondary School, Singapore..


Keputusan perlawanan, SMSJ telah memenangi ke empat-empat perlawanan bawah 15 dan bawah 18.. Keputusan penuh :

* U15 - 20-0, 35-5
* U18 - 30-5, 35-10

Lawatan di galeri Greenridge Secondary School..

Sesi pemanas badan & perlawanan..


Monday, June 7, 2010

Kelas PMR & SPM

Akan dikemaskini..

Friday, June 4, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Hari ini telah bermula Cuti Pertengahan Tahun kepada pelajar tingkatan 1 dan 2.. Setelah seminggu lebih mengharungi peperiksaan yang telah berakhir pada khamis semalam iaitu 3 Jun 2010.. Pelajar telah mengemas kelas masing-masing pada pagi jumaat.. Selepas itu, pelajar tingkatan 1 dan 2 ini mengemas dorm masing-masing sebelum dibenarkan pulang pada jam 10.00 pagi..

Di harap semasa cuti pelajar-pelajar dapat berehat di rumah bersama keluarga setelah bertungkus-lumus untuk peperiksaan pertengahan tahun.. Tidak dilupakan juga dengan buku dan latihan yang guru berikan pada cuti ini.. Tidak dilupakan juga untuk kembali semula ke asrama tercinta pada 20 Jun 2010 ya!!..

Selamat Bercuti!!!


Tuesday, June 1, 2010

Selamat Datang Dato' Ahmad Maslan

Pada Isnin 31 Mei 2010, SMSJ telah dikunjungi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Maslan yang juga merangkap Ketua Penerangan UMNO dan juga Ahli Parlimen Pontian.. Beliau juga merupakan bekas pelajar SMSJ batch 1983 yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.. Kehadiran beliau adalah untuk mengimbau nostalgia semasa belajar dan berada di sekolah serta asrama sebelum ke program beliau dengan rakyat Kluang dalam Program Juara Rakyat..

Bergambar kenangan berlatar-belakangkan bangunan sekolah..

Menjamu selera di dewan makan..

Beliau tiba pada jam 6.30 petang untuk melawat sekitar sekolah dan bergambar kenangan.. Kehadiran beliau disambut oleh PK1, PK HEM, PK KOKO, warden-warden SMSJ serta guru-guru dan juga para pelajar.. Sebelum ke surau, beliau menjamu selera bersama-sama di dewan makan iaitu Dewan Sri Budiman dimana beliau juga pernah merasai makan di dewan makan semasa belajar dahulu..Ini telah mengimbau kenangan makan bersama-sama di dewan makan tersebut..

Menandatangani buku pelawat SMSJ..

Seterusnya beliau ke Surau Al-Ihsan untuk sembahyang berjemaah.. Beliau juga memimpin jemaah dengan menjadi imam.. Setelah selesai solat dan berzikir, beliau menyampaikan ucapan kepada pelajar mengenai pengalaman beliau semasa di SMSJ ini.. Pelbagai ilmu dikongsi sehingga kepada rahsia kejayaan beliau sehingga kini.. Beliau juga ada memberikan beberapa tips untuk berjaya iaitu 5A dan 5S..

Datuk Ahmad Maslan memberikan ucapan..


Selepas selesai memberikan ucapan dalam 8.15 malam, beliau perlu ke suatu Program Juara Rakyat di Kluang.. Sebelum meninggalkan surau, beliau sempat bersalaman dengan pelajar-pelajar..

Bersalaman dengan pelajar SMSJ..

Penyampaian cenderamata dari pihak SMSJ kepada Datuk Ahmad Maslan..



Popular Posts

SCM