
Pada Isnin 31 Mei 2010, SMSJ telah dikunjungi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Maslan yang juga merangkap Ketua Penerangan UMNO dan juga Ahli Parlimen Pontian.. Beliau juga merupakan bekas pelajar SMSJ batch 1983 yang aktif dalam bidang akademik dan kokurikulum.. Kehadiran beliau adalah untuk mengimbau nostalgia semasa belajar dan berada di sekolah serta asrama sebelum ke program beliau dengan rakyat Kluang dalam Program Juara Rakyat..
Menjamu selera di dewan makan..Beliau tiba pada jam 6.30 petang untuk melawat sekitar sekolah dan bergambar kenangan.. Kehadiran beliau disambut oleh PK1, PK HEM, PK KOKO, warden-warden SMSJ serta guru-guru dan juga para pelajar.. Sebelum ke surau, beliau menjamu selera bersama-sama di dewan makan iaitu Dewan Sri Budiman dimana beliau juga pernah merasai makan di dewan makan semasa belajar dahulu..Ini telah mengimbau kenangan makan bersama-sama di dewan makan tersebut..
Selepas selesai memberikan ucapan dalam 8.15 malam, beliau perlu ke suatu Program Juara Rakyat di Kluang.. Sebelum meninggalkan surau, beliau sempat bersalaman dengan pelajar-pelajar..





