.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Sunday, August 1, 2010

Karnival Kokurikulum 2010

Pada 31 Julai 2010 telah berlangsung Karnival Kokurikulum SMSJ 2010 yang dikelolakan oleh rumah Suria.. Karnival ini berlangsung selama sebulan iaitu sepanjang bulan julai..Namun kemuncak karnival ini adalah pada sabtu 31 julai 2010 dimana pelbagai acara besar berlangsung sepanjang hari tersebut..Pada sebelah malam merupakan kemuncak karnival iaitu perasmian dan penutup karnival dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Kamarudin bin Khalid merupakan Ketua Pengarah Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan UTHM..

Karnival ini dimulakan dengan pertandingan kawad kaki oleh unit uniform di SMSJ yang disertai oleh KRS, Pengakap, Kadet Bomba, Pergerakan Puteri Islam, PBSM, Renjer Puteri & Kadet Polis..Pertandingan ini bermula jam 9.00 pagi dan dihakimi oleh hakim luar.. Secara keseluruhan, KRS telah mendapat johan manakala Kadet Polis mendapat kedudukan naib johan..

Pertandingan Kawad Kaki..

Di Dewan Sri Karyawan pula, berlangsung pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.. Pertandingan berlangsung selama 3 jam dan berakhir jam 11.00 pagi.. Kemudian panel juri menilai hasil kerja anak-anak kecil tadi.. Setelah mendapat keputusan, acara penyampaian hadiah disampaikan oleh PK KOKO SMSJ kepada pemenang..

Pertandingan mewarna Kanak-kanak..


Di court hoki pula, berlangsung pertandingan futsal terbuka yang berlangsung selama sehari dan berakhir petang.. Di padang pula berlangsung karnival hoki 6-sebelah daerah Kluang terbuka dewasa, bawah 14 & bawah 11.. Karnival hoki ini berlangsung selama 2 hari sehingga hari ahad..
Futsal terbuka..

Karnival Hoki 6-sebelah..


Jualan di gerai yang disediakan merupakan aktiviti paling meriah kerana pelbagai makanan disediakan oleh pelajar SMSJ sendiri..Setiap gerai mempunyai keistimewaan makanan yang dihasilkan untuk jualan kepada warga SMSJ dan tetamu yang hadir.. Kehadiran wartawan Sinar pada Karnival Kokurikulum ini sambil mengedarkan akhbar Sinar harian kepada pengunjung telah memeriahkan lagi suasana..

Kemeriahan jualan di gerai-gerai..


Krew Sinar Harian..

Acara kemuncak ialah pada sebelah malam iaitu Malam Penutup Karnival Kokurikulum yang dirasmikan oleh Prof. Madya Haji Kamarudin bin Khalid merupakan Ketua Pengarah Kokurikulum, Sukan & Kebudayaan UTHM.. Selepas itu, acara dimulakan dengan persembahan multimedia, persembahan naib johan SC Johore Got Talent, persembahan zapin, penyampaian hadiah kepada pemenang bagi aktiviti sepanjang karnival & persembahan johan SC Johore Got Talent..Majlis tamat pada jam 10.45 malam..

Ketibaan dif -dif jemputan & Ucapan..

Persembahan pelajar..

Penyampaian hadiah & cenderamata..



Popular Posts

SCM