.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Sunday, February 7, 2010

Malam Apresiasi PMR 2009

Majlis Malam Apresiasi PMR 2009 ini berlangsung pada hari sabtu iaitu 6 Februari 2010 pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.. Majlis ini bersempena kejayaan pelajar PMR 2009 yang telah melakar sejarah sekolah dalam perfect score seramai 84% mendapat semua subjek A.. Oleh itu, majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi semangat kepada pelajar agar terus berusaha mencatatkan kecemerlangan sebegini..

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia PPD Kluang iaitu Tn. Hj. Shaharudin Bin Sharif.. Turut hadir ialah Yang Berbahagia YDP PIBG dan Yang Berbahagia Presiden Sajoha.. Ibu bapa pelajar cemerlang juga turut dijemput hadir bagi memberikan semangat dan dorongan kepada anak masing-masing agar terus berusaha kearah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM pada tahun 2012.. Amin..




Tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis ini.. Guru-guru dan ibu bapa turut serta memberi semangat kepada pelajar agar mereka akan terus berusaha untuk kejayaan cemerlang dalam SPM pula pada tahun hadapan..

VIP yang hadir menjayakan Malam Apresiasi PMR




Para hadirin serta guru-guru SMSJ


Barisan staf-staf pejabat SMSJ

Bekas tenaga pengajar di SMSJ

Antara persembahan daripada pelajar seperti nyanyian dan zapin memeriahkan lagi suasana Malam Aspresiasi PMR 2010..







Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang serta pelajar yang mendapat Perfect Score pada PMR 2009..





Antara yang terlibat dalam majlis ini... Serta sesi bergambar kenangan.. Majlis berakhir jam 11.00 malam.. Diharap kejayaan akan terukir lagi pada tahun akan datang dan seterusnya.. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan Malam Apresiasi PMR 2009..=)



Popular Posts

SCM