.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Sunday, August 9, 2015

Bulan Kemerdekaan 2015

9 Ogos 2015 : Pelancaran sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia 2015 peringkat SMSJ telah dijalankan pada 9 Ogos 2015 di Dewan Sri Karyawan.. Sambutan ini berlangsung sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September 2015.. Program ini bertujuan bagi memupuk sikap patriotisma yang tinggi dalam jatidiri warga SMSJ..
 



    

Monday, September 8, 2014

Majlis Penutup Medaniaga Bistari 2014

7 Sept 2014 : Kemuncak Program Medaniaga Bistari 2014 telah berlangsung pada jam 2.45 petang di ruang legar Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.. Majlis penutup ini disempurnakan oleh Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim (Ketua Eksekutif Johor Corporation) dan Tn. Hj. Aminuddin Bin Adam (Pengarah Pendidikan Johor)..

 Majlis Perasmian Penutup..

 Ahli Tunas Bistari Sains Johor bergambar bersama tuan pengetua..

  Lawatan booth SJ Corporation oleh 
Dato' Kamaruzzaman, Ketua Eksekutif Johor Corporation..

 
Bergambar bersama pengetua dan Pengarah Pendidikan Johor,
Tn. Hj. Aminuddin..
    
           

Thursday, August 21, 2014

Hari Berkabung Malaysia


Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk jenazah mangsa nahas MH17 yang beragama Islam.. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Dan takziah juga diucapkan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat..
    

Hari Kokurikulum 2014

Pada tahun ini, Rumah Suria akan menganjurkan Hari Kokurikulum atau Mega Rico '14.. Pelbagai aktiviti untuk pelajar diadakan bagi menyambut Hari Kokurikulum tersebut.. Kemuncak Hari Kokurikulum ini adalah pada 28-30 Ogos 2014 ini, dimana terdapat acara akhir futsal, Mega Open Stage, Pertandingan Kawad Kaki dan kemuncak pada sebelah malam 30 Ogos tersebut iaitu Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kokurikulum..


Wednesday, August 20, 2014

Bulan Kemerdekaan SMSJ 2014

20 Ogos 2014 : Pagi ini merupakan pelancaran bulan Kemerdekaan oleh Pengetua peringkat SM Sains Johor.. Pemberian bendera Malaysia kepada semua kenderaan guru dan staf SMSJ.. Diharap kesemua warga SMSJ dapat menerapkan nilai patriotik yang tinggi dalam diri.. Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan, "Disini Lahirnya Sebuah Cinta..".. Dalam masa yang sama kita semua warga Malaysia mengucapkan takziah kepada semua keluarga MH17, semoga bersabar atas dugaan yang melanda negara..Al-Fatihah..

Popular Posts

SCM