.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan

Pada 11 Ogos 2010 ini bersamaan 1 Ramadan 1431 hijrah, bertemu sekali lagi dimana semua umat Islam akan menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan ini.. Di harap semua warga SM Sains Johor khususnya & umat islam amnya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diwajibkan ini dengan penuh keimanan & keredaan.. Dalam masa yang sama, kita semua dapat melaksanakan kewajipan bertaqwa kepada Allah dan melakukan segala perintah-Nya serta menjauhi semua larangan-Nya..

Berikut adalah jadual waktu Imsak & Berbuka puasa bagi tahun 1431H/2010M negeri Johor untuk zon 3 iaitu daerah Kluang & Pontian.. Untuk kawasan lain, boleh ke link ini untuk mendapatkan jadual penuh (Link: www.islam.gov.my).. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak, semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan, kesyukuran, kemanisan & kesabaran.. =)

Jadual waktu imsak & berbuka puasa bagi zon 3 iaitu daerah Pontian & Kluang..


Selamat Berpuasa!!!

Sunday, August 8, 2010

Minggu Bahasa Mandarin

Pada 7 Ogos 2010 jam 9.30 malam, telah diadakan Majlis Penutup Minggu Bahasa Mandarin bertempat di Dewan Sri Karyawan.. Majlis ini dirasmikan oleh PK KOKO SM Sains Johor iaitu En. Abdul Razak.. Sepanjang minggu ini, terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan oleh kelab Mandarin kepada semua pelajar membabitkan penggunaan bahasa Mandarin.. Cikgu Teoh merupakan guru yang memastikan kelancaran program tersebut dibantu oleh pelajar-pelajar yang mengambil bahasa Mandarin.. Dengan adanya aktiviti sebegini, ini dapat memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahasa Mandarin ini..
Ucapan oleh PK KOKO SM Sains Johor..

Pelbagai aktiviti & persembahan oleh pelajar..

Juri menilai pesembahan peserta..

Sesi penyampaian hadiah..

Saturday, August 7, 2010

Majlis Tilawah Al-Quran

Pada 6 Ogos 2010, telah diadakan Majlis Tilawah Al-Quran dan Malam Kesenian dan Kebudayaan Islam di Dewan Sri Karyawan.. Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan dirasmikan oleh pengetua cemerlang SMSJ iaitu Tuan Haji Nojumuddin.. Program ini dianjurkan oleh panitia pendidikan Islam & bahasa Arab SM Sains Johor..



Ucapan dari Tuan Haji Nojumuddin..

Pertandingan Nasyid mengikut Rumah..


Persembahan Nasyid oleh BADAR..



Penyampaian Hadiah & cenderamata..



Model untuk busana muslim..


Pelancaran Tabung Gaza..


Pameran maklumat di luar dewan..


Friday, August 6, 2010

Jamuan Kesyukuran APC

Tuesday, August 3, 2010

Pot Luck KEBIRU 3

Pada hari ini iaitu selasa 3 Ogos 2010, KEBIRU telah mengadakan Pot Luck kali ke-3 di bilik guru baru bersempena ramadhan yang bakal tiba.. Ini bagi merapatkan lagi jalinan antara guru-guru dan staf di SMSJ ini.. Menu kali ini adalah seperti nasi lemak, sate ayam, pecal, kuih muih serta pelbagai jenis minuman panas & sejuk.. Selamat menjamu selera semua..=)

Popular Posts

SCM