.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Monday, April 5, 2010

Mesyuarat HAC ke-2

Mesyuarat ke-2 HAC telah diadakan pada selasa petang jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan SMSJ.. Mesyuarat kali ini membincangkan mengenai perkembangan setiap unit masing-masing untuk majlis HAC nanti agar majlis tersebut berjalan dengan lancar..

MSSD Ragbi

Pada 5 April bertempat di padang SMSJ telah berlangsung kejohanan MSSD Ragbi jam 3.30 petang dan SMSJ sendiri menjadi selaku tuan rumah.. Namun, cuaca pada petang ini yang hujan telah menyebabkan kejohanan ini ditangguhkan sementara waktu menantikan hujan reda.. Pasukan yang bertanding kelihatan bersemangat untuk turun ke padang.. Hujan telah beransur reda jam 3.50 petang, maka bermulalah kejohanan Ragbi MSSD Kluang ini.. Pada kali ini, hanya SM Sains Johor dan SM Tinggi Kluang sahaja yang menghantar pasukan masing-masing.. Kejohanan diteruskan dengan SMSJ melawan STK.. Keputusan akhir diantara tuan rumah dengan STK adalah telah dimenangi oleh SMSJ dengan 78-0.. Syabas kepada pasukan ragbi SMSJ..

Sesi pemanas badan pasukan SMSJ..


Perlawanan akan dimulakan antara STK dan SMSJ..


Antara aksi-aksi sepanjang perlawanan..



Sesi bersalaman selepas perlawanan..


Friday, April 2, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perkarangan kawasan sekolah.. Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' telah disambut meriah dengan penyertaan semua pelajar, guru dan staf SMSJ.. Sambutan dimeriahkan lagi dengan pertandingan sepanduk Maulidur Rasul yang disertai oleh semua kelas di SMSJ..





Pertandingan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul 1431H / 2010M setiap kelas mengikut kategori menengah rendah & menengah atas..


Selepas itu, dalam jam 9.00 pagi bermula perarakan dari hadapan Dewan Sri Karyawan ke Surau Al-Ikhsan.. Sepanjang perarakan diiringi dengan selawat ke atas junjungan nabi kita Muhammad S.A.W. sehingga ke surau..Setiap kelas berarak mengikut kelas masing-masing dengan membawa sepanduk yang telah mereka buat..Setibanya di surau, sepanduk-sepanduk di paparkan disekeliling surau berkenaan..


Perarakan Sepanduk ke Surau Al-Ikhsan diiringi selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W..




Penceramah jemputan sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah Tuan Hj Ashari dari YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) yang telah menyampaikan ceramahnya dengan begitu berkesan.. Sebelum mengakhiri majlis pada jam 11.30 pagi , penyampaian hadiah dijalankan kepada pertandingan sepanduk bagi menengah atas dan rendah serta tokoh maalhijrah SMSJ 2010 Putera dan Puteri.. Setelah selesai, semua menikmati jamuan di Dewan Sri Budiman..







Salam Maulidur Rasul 1413H/2010M..
Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah

" Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh ikutan yang terbaik " (al-Ahzab (21): 21)



Friday, March 26, 2010

Majlis Perpisahan & Persaraan Guru

Hari ini 26 Mac bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Karyawan telah diadakan satu majlis khas bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Long dan Cikgu Kamariah.. Cikgu Hashim dan Cikgu Long yang telah berpindah ke sekolah baru manakala Cikgu Kamariah yang telah bersara dalam bidang pendidikan.. Majlis di sisipi dengan lagu lagenda dari Sheila Majid yang menjadi lagu tema majlis penuh bermakna ini.. Sekalung tahniah atas sumbangan dan didikan kepada anak bangsa SMSJ selama ini..Di harap ketiga-tiga mereka dapat terus menyumbangkan jasa bakti kepada anak bangsa..




Hari ini 26 Mac bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Karyawan telah diadakan satu majlis khas bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Long dan Cikgu Kamariah.. Cikgu Hashim dan Cikgu Long yang telah berpindah ke sekolah baru manakala Cikgu Kamariah yang telah bersara dalam bidang pendidikan.. Majlis di sisipi dengan lagu lagenda dari Sheila Majid yang menjadi lagu tema majlis penuh bermakna ini.. Sekalung tahniah atas sumbangan dan didikan kepada anak bangsa SMSJ selama ini..Di harap ketiga-tiga mereka dapat terus menyumbangkan jasa bakti kepada anak bangsa..

Berikut adalah serba sedikit mengenai Cikgu Long Chea Yang.. Lahir pada 25.9.76.. Mula berkhidmat di SMSJ pada 1 Nov 2007 sehingga 15 Oktober 2009 dengan mangajar matapelajaran Muzik..Kini berkhidmat di SM Sains Rembau.. Persembahan solo bermain piano dan saksafon beliau pada majlis ini menjadi lagenda kepada kejayaan beliau sepanjang berada di sini..Selamat mencurahkan bakti di sekolah baru..

Cikgu Hashim Markom pula penuh bermakna kerana pada hari ini sama dengan tarikh lahir beliau.. Kini beliau berkhidmat di SBPI Temerloh sebagai PK HEM di sana.. Jasa beliau di sini terlalu banyak terutama dalam mengharumkan nama pasukan ragbi SMSJ..

Cikgu Kamariah Ahmad merupakan guru bahasa Melayu..Kebolehan beliau telah diintai oleh Cikgu Zanariah yang merupakan GC di SMSJ ini untuk turut serta dalam keluarga SMSJ.. Setelah daripada itu, bermulalah kisah beliau di sini yang telah mencurahkan kepakarannya dalam mengajar bahasa kepada anak didik di SMSJ sehingga ke perkhidmatan beliau yang terakhir iaitu pada akhir 2009..



Di harap jasa dan sumbangan mereka menjadi tauladan dan amalan buat kita semua yang masih terus memperjuangkan nama SMSJ di sini..

Bergambar kenangan bersama pengetua SMSJ..

Popular Posts

SCM