.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Saturday, February 6, 2010

Warna Warni Sepanjang Merentas Desa 2010

Antara gelagat-gelagat sepanjang kejohanan Merentas Desa 2010 dirakamkan... Riak muka semangat terpancar setiap peserta untuk menjadi juara dalam acara ini... Semangat setiap rumah juga dapat dilihat antara pelajar bagi merebut trofi kejuaraan Merentas Desa kali ini... Semangat ini dapat dilihat dikalangan mereka, namun semangat tersebut diterjemahkan melalui persaingan yang sihat untuk merebut kejuaraan kali ini... Malaysia Boleh!! SMSJ Boleh!!










Sepanjang Kejohanan Merentas Desa SMSJ 2010

Merentas Desa SMSJ 2010 - Persediaan Awal

Pada 5 Februari 2010 iaitu pada hari jumaat, berlangsungnya kejohanan Merentas Desa SMSJ 2010.. Acara yang dinantikan oleh semua warga SMSJ ini telah berjaya dijalankan dengan lancar.. Pelajar dan guru serta staf-staf telah bersedia seawal 7.00pagi untuk menjayakan aktiviti yang dinantikan ini.. Kesemua memberi komitmen yang sepenuhnya dalam kejohanan merentas desa kali ini..
Para guru menjamu selera sebelum bertugas..
Sesi pemanas badan..SURIA mantop!!

Barisan juri-juri profesional

PotLuck KEBIRU 2010

PotLuck pertama KEBIRU 2010 diadakan untuk mengeratkan hubungan guru-guru dengan pihak sekolah.. Disamping itu, Potluck pertama ini juga diadakan bersempena dengan pelantikan Pengerusi KEBIRU yang baru iaitu Cikgu Majid menggantikan dengan Cikgu Kamarulnizam yang telah memegang status Pengerusi KEBIRU yang lepas.. Jawatan ini akan terus dipegang selama 2 tahun dengan tampok pemerintahan yang baru beserta ahli jawatankuasa yang baru.. Semoga KEBIRU terus aktif memperjuangkan, merapatkan hubungan serta menjaga kebajikan guru-guru di SMSJ..

Antara hidangan yang disediakan..

Pengetua dan PK1 sedang menjamu selera..

Tuesday, February 2, 2010

Tatacara Berpakaian Pelajar SMSJ

Bagi melahirkan insan yang terbilang di SMSJ, disiplin adalah faktor utama menentukan kejayaan pelajar disini. Justeru itu, dasar pihak sekolah menitikberatkan amalan disiplin dikalangan pelajar adalah sejajar dengan ciri-ciri pelajar yang mahu dilahirkan disini. Tatacara berpakaian diterapkan kepada pelajar supaya mewujudkan penampilan diri yang menarik sama ada berada didalam mahupun luar sekolah. Ini bagi mendisiplinkan pelajar supaya dapat menyerlahkan penampilan diri yang menarik dan terbaik.



Popular Posts

SCM