22 Julai 2014 : Beberapa orang Ahli Tertinggi Tunas Bistari Sains Johor telah terlibat menyertai kursus yang dianjurkan oleh Johor Corporation untuk ahli Tunas Bistari daerah Kluang dan Batu Pahat.. Kursus dijalankan di SK Parit Raja, Batu Pahat.. Kursus ini dijalankan bagi membantu syarikat masing-masing untuk meningkatkan pengetahuan dalam ICT seiring dengan jualan produk yang dijalankan..Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan pasaran yang meluas didalam gerbang teknologi ICT..
Tuesday, July 22, 2014
Saturday, July 19, 2014
Saturday, July 12, 2014
Perasmian Surau Al-Ikhsan
12 Julai 2014 : Merupakan detik bersejarah SMSJ kerana Surau Al-Ikhsan diserahkan semula kepada SMSJ berikutan proses perancangan dan ubahsuai yang dijalankan oleh SAJOHA (Sains Johor Alumni) bermula dari tahun 2012.. Majlis perasmian surau telah diadakan jam 3.00 petang yang
dimulakan dengan Majlis Khatam al-Quran oleh para pelajar.. Majlis Penyerahan Surau Al-Ikhsan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang juga merupakan bekas pelajar SMSJ..
Kelab Fotografi ke Raffles Uni..
12 Julai 2014 : Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh kelab Fotografi SMSJ ke Raffles Universiti untuk sesi lawatan dan belajar berkaitan fotografi.. Kami bertolak ke Raffles pada jam 7.30 pagi.. Seramai 2 orang guru dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab dan Mercu terlibat dalam proses PNP diluar kelas ini..Terdapat 2 program yang disertai oleh pelajar iaitu fotografi dan grafik design.. Diharap pelajar mendapat input yang berguna disamping memberi pendedahan mengenai Raffles Universiti itu sendiri..
Saturday, May 17, 2014
Makan Beradab Suria
17 Mei 2014 : Majlis Makan Beradab telah dijalankan oleh Rumah Suria pada sabtu jam 1.00 tgh di bilik VIP Dewan Sri Budiman.. Majlis makan ini dilaksanakan bagi merapatkan ukhwah dikalangan pelajar dan guru rumah Suria.. Majlis ini juga meraikan sambutan Hari Guru..
Guru dan Pentadbir yang menghadiri Majlis makan beradab
rumah Suria 2014..
Ucapan daripada ketua rumah (pelajar), ketua projek,
ketua guru rumah dan pengetua..
Penyampaian cenderamata sempena Hari Guru
dari Rumah Suria..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembron...
-
Di kesempatan ini, saya mewakili warga SMSJ ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 hijrah iaitu bersamaan dengan 7 Disember ...
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi 1431H/2010M berlangsung pada hari ini iaitu jumaat 2 April bermula seawal 7.30 pagi di perka...
-
Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang S...


























