.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Wednesday, July 20, 2011

APC SBP Zon Selatan


Pada 19 Julai 2011, SMSJ telah menjadi tuan rumah untuk majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SBP Zon Selatan 2010.. Majlis ini dijalankan di Dewan Sri Karyawan pada jam 2.00 petang.. Majlis ini disempurnakan oleh wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan KPM..


  


Monday, July 18, 2011

Pertandingan Menembak

Pada 18 Julai 2011, seramai 32 ahli Kadet Polis SMSJ serta 3 orang guru telah mengikuti pertandingan menembak oleh Polis Daerah Kluang di Lapang Sasar Segamat.. Kami semua serta sekolah yang terlibat dikehendaki berkumpul di Balai Polis Kluang pada jam 7.00 pagi untuk taklimat.. Selepas itu, ahli-ahli kadet dibahagikan kepada beberapa trak dan terus konvoi ke Segamat..

Ahli Kadet Polis serta guru didedahkan dengan penggunaan senjata M16 serta memnggunakan peluru hidup.. Aktiviti sebegini dijalankan setiap tahun sebagai pendedahan awal terhadap penggunaan senjata ini.. Ini merupakan pengalaman terbaik kepada ahli kadet yang tidak mungkin diperolehi di luar sana..

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat..



Thursday, July 14, 2011

Program Pengantarabangsaan Thailand

 
Sawadee kap.. Pada 14 Julai 2011, seramai 135 orang pelajar dan 8 guru dari Hatyaiwittayalai School, Thailand telah membuat lawatan khas ke SMSJ.. Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang mereka di SMSJ.. Antara aktiviti yang disediakan ialah makan masakan Malaysia, lawatan sekitar sekolah, pertunjukkan kapal terbang kawalan jauh, persembahan pendidikan bagi teknologi kejuruteraan serta sains serta persembahan tempatan kedua-dua buah negara..





Wednesday, July 13, 2011

Majlis Perpisahan

Pada 13 Julai 2011, satu jamuan perpisahan telah diadakan buat warga SMSJ yang telah dan bakal bertugas ditempat baru.. Mereka yang dimaksudkan adalah cikgu Ain (ke SMK Desa Skudai), ustad Aziz (SMS Sembrong), Ustazah Wan Asiah (SMS Hulu Terengganu) dan Ustazah Rosehayati (SBPI Selandar).. Diharap nanti ditempat baru mereka akan lebih berjaya dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru.. Nak tuju lagu bole..hehehe

Tuai padi antara masak..
esok jangan layu-layuan..
intai kami antara nampak..
esok jangan rindu-rinduan..

Di harap serangkap lagu ini dapat mengubat kerinduan dihati semasa di tempat baru..terimas..=)




Saturday, July 9, 2011

KOT ke-36 melabuh tirainya..

Kejohanan Balapan dan Padang ke-36 iaitu pada 9 Julai 2011 hari sabtu telah berlangsung dengan jayanya.. Tahniah kepada semua yang menjayakan temasya gilang-gemilang ini.. Tahniah juga kepada atlit dan rumah yang menang dalam Kejohanan Balapan dan Padang SMSJ ke-36 kali ini..



Popular Posts

SCM