.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, March 26, 2010

Majlis Perpisahan & Persaraan Guru

Hari ini 26 Mac bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Karyawan telah diadakan satu majlis khas bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Long dan Cikgu Kamariah.. Cikgu Hashim dan Cikgu Long yang telah berpindah ke sekolah baru manakala Cikgu Kamariah yang telah bersara dalam bidang pendidikan.. Majlis di sisipi dengan lagu lagenda dari Sheila Majid yang menjadi lagu tema majlis penuh bermakna ini.. Sekalung tahniah atas sumbangan dan didikan kepada anak bangsa SMSJ selama ini..Di harap ketiga-tiga mereka dapat terus menyumbangkan jasa bakti kepada anak bangsa..




Hari ini 26 Mac bermula jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Karyawan telah diadakan satu majlis khas bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh 3 orang guru iaitu Cikgu Hashim, Cikgu Long dan Cikgu Kamariah.. Cikgu Hashim dan Cikgu Long yang telah berpindah ke sekolah baru manakala Cikgu Kamariah yang telah bersara dalam bidang pendidikan.. Majlis di sisipi dengan lagu lagenda dari Sheila Majid yang menjadi lagu tema majlis penuh bermakna ini.. Sekalung tahniah atas sumbangan dan didikan kepada anak bangsa SMSJ selama ini..Di harap ketiga-tiga mereka dapat terus menyumbangkan jasa bakti kepada anak bangsa..

Berikut adalah serba sedikit mengenai Cikgu Long Chea Yang.. Lahir pada 25.9.76.. Mula berkhidmat di SMSJ pada 1 Nov 2007 sehingga 15 Oktober 2009 dengan mangajar matapelajaran Muzik..Kini berkhidmat di SM Sains Rembau.. Persembahan solo bermain piano dan saksafon beliau pada majlis ini menjadi lagenda kepada kejayaan beliau sepanjang berada di sini..Selamat mencurahkan bakti di sekolah baru..

Cikgu Hashim Markom pula penuh bermakna kerana pada hari ini sama dengan tarikh lahir beliau.. Kini beliau berkhidmat di SBPI Temerloh sebagai PK HEM di sana.. Jasa beliau di sini terlalu banyak terutama dalam mengharumkan nama pasukan ragbi SMSJ..

Cikgu Kamariah Ahmad merupakan guru bahasa Melayu..Kebolehan beliau telah diintai oleh Cikgu Zanariah yang merupakan GC di SMSJ ini untuk turut serta dalam keluarga SMSJ.. Setelah daripada itu, bermulalah kisah beliau di sini yang telah mencurahkan kepakarannya dalam mengajar bahasa kepada anak didik di SMSJ sehingga ke perkhidmatan beliau yang terakhir iaitu pada akhir 2009..



Di harap jasa dan sumbangan mereka menjadi tauladan dan amalan buat kita semua yang masih terus memperjuangkan nama SMSJ di sini..

Bergambar kenangan bersama pengetua SMSJ..

Thursday, March 25, 2010

Hari Polis

Hari ini iaitu khamis bersamaan 25 Mac 2010 bertempat di dataran Tasik Kluang berlangsungnya perbarisan bersempena Hari Polis ke 203 tahun yang diadakan setiap tahun pada 25 Mac.. Seperti biasa, pada kali ini SMSJ telah menghantar seramai 21 orang kadet polis untuk menyertai acara perbarisan tersebut diiringi oleh cikgu Syaiful sebagai guru pengiring.. Cikgu Basir selaku PK HEM juga turut turun padang bersama-sama untuk Hari Polis ini..




Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad telah manyampaikan ucapan teks Ketua Polis Negara pada upacara perbarisan ini dan menyampaikan sijil penghargaan kepada mereka yang terlibat bersama-sama dalam membanteras jenayah terutama di daerah Kluang.. Tegas, Adil dan Berhemah..





Nyanyian lagu Sang Saka Biru, Amalan Kita dan Polis Sedia Berkhidmat




Tuesday, March 23, 2010

Meeting HAC & Majlis Perpisahan & Persaraan Guru

1) MESYUARAT J/KUASA PENGELOLA HARI ANUGERAH CEMERLANG
& MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

2) MESYUARAT J/KUASA MAJLIS PERPISAHAN & PERSARAAN GURU

Kedua-dua mesyuarat ini dijalankan pada 23 Mac 2010 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan.. Mesyuarat membincangkan mengenai jawatankuasa yang terlibat bagi kedua-dua agenda tersebut agar majlis berjalan dengan lancar pada tarikh yang dirancangkan.. Untuk yang terdekat ini adalah bagi Majlis Perpisahan iaitu Cikgu Hashim dan Cikgu Long & Persaraan Cikgu Kamariah yang akan berlangsung pada jumaat 26 Mac ini..

Monday, March 22, 2010

Minggu UK 1

Hari ini iaitu 22.3.2010 (Isnin) sehingga 24.3.2010 (Rabu) merupakan Hari Ujian Kurikulum 1 bagi semua pelajar di SMSJ.. Ianya merupakan ujian kepada pelajar terhadap apa yang telah dipelajari selama ini.. Di harap pelajar-pelajar semua dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang untuk UK1 ini..


Friday, March 12, 2010

Kejohanan Balapan & Padang MSSD

Kejohanan Balapan & Padang MSSD kali ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari 8-12 Mei 2010.. Secara keseluruhannya, SMSJ telah mencapai prestasi diluar dugaan dalam sejarah olahraga sekolah.. Hal ini disebabkan SMSJ telah menduduki tempat ke-2 secara keseluruhan dibelakang Sekolah Sukan Negeri iaitu SMK Tun Hussein Onn, dengan memperoleh 136 mata iaitu 5 mata di belakang sekolah tersebut..

Dengan kutipan pingat sebanyak 14 emas, 12 perak dan 11 gangsa, telah menobatkan SMSJ naib johan kejohanan pada kali ini.. Selain itu, atlet lelaki 13, saudara Khairul Asrie Bin Haridoon telah dipilih sebagai olahragawan kategori tersebut..Beliau telah memperoleh 4 emas dan 1 perak..Begitu juga dengan Saudara Sharul Shafik Bin Joon Rahmat telah dinobatkan sebagai olahragawan lelaki 15..Dalam kejohanan tersebut, beliau telah memperoleh 2 pingat emas beserta 1 rekod baru kejohanan..

Apa-apa yang lebih membanggakan lagi, SMSJ telah diumumkan sebagai pasukan terbaik kategori lelaki 13, lelaki 15, dan seterusnya kategori lelaki sekolah menengah..Kejayaan ini telah membawa seramai 12 orang pelajar SMSJ mewakili daerah Kluang dalam Kejohanan Padang dan Balapan MSSJ 2010..Tahniah diucapkan!!!

Cuti Sekolah

Cuti sekolah pada kali ini amat bermakna kerana krisis air yang melanda kini menyebabkan pelajar dibenarkan balik ke kampung awal sehari iaitu pada hari khamis.. Ini disebabkan catuan air menyebabkan pili-pili air tidak mampu mengeluarkan air yang merupakan sumber penting kepada semua.. Justeru itu, pihak sekolah telah membenarkan pelajar pulang pada hari khamis selepas waktu PnP.. Di samping itu, cuti persekolahan selama seminggu ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan ulangkaji di rumah kerana naik sahaja cuti ini maka bermulalah Ujian Kurikulum 1 untuk semua pelajar SMSJ.. Selamat bercuti dan Ulangkaji pelajaran kepada pelajar-pelajar sekalian..

Thursday, March 11, 2010

SPM 2009

11 Mac iaitu pada hari Khamis lalu merupakan detik-detik yang mendebarkan bagi semua calon SPM 2009.. Debaran yang dimaksudkan adalah datang dari sekeping slip keputusan SPM 2009 yang telah ada di sekolah masing-masing.. Bagi semua calon SPM 2009 yang telah mendapat keputusan cemerlang, tahniah diucapkan terutama kepada pelajar-pelajar sekolah SMSJ atas lakaran kejayaan tersebut..

Sukacitanya dimaklumkan disini bahawa seorang pelajar terbaik SMSJ pada tahun ini yang memperoleh 10A+ iaitu Saudara Ammar Bin Adnan telah menerima Anugerah Pelajar Gemilang Tertinggi Negeri Johor.. Beliau telah menerima Sijil Penghargaan serta plak Pelajar Cemerlang SPM 2009 dari JPNJ.. Diharap pelajar yang menduduki SPM tahun ini iaitu 2010 telah mendapatkan petua-petua kejayaan dari Saudara Ammar..TAHNIAH!!

Berikut adalah ringkasan keputusan SPM 2009 iaitu pelajar yang mendapat Perfect Score SMSJ pada kali ini adalah seramai 29 orang.. Gred Purata Sekolah (GPS) menunjukkan peningkatan daripada 1.91 pada 2008 kepada 1.54 manakala peratusan pelajar yang mendapat perfect score juga meningkat daripada 23.08% pada tahun 2008 kepada 24.17% pada tahun 2009.. Kedudukan dalam SBP di Johor pula, SMSJ berada ditempat ke-3 selepas STF dan SM Sains Muar.. Semoga pada SPM 2010 SMSJ akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..

Tuesday, March 9, 2010

MSSD Kluang

Kejohanan Balapan & Padang MSSD kali ini berlangsung selama seminggu bermula dari 8-12 Mei 2010 di Stadium MPK Kluang.. Di harap Kejohanan Balapan & Padang kali ini mampu menyumbangkan pingat dan mata yang banyak untuk SMSJ..


Monday, March 8, 2010

Kriket SBP Zon Selatan

SMSJ naib johan Zon Selatan SBP 2010 pada 4-7 Mac 2010 dan telah layak ke peringkat kebangsaan kriket SBP piala Tan Sri Hamzah di STJ pada 8-11 April 2010.. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran terutamanya En. Abd Razak B. Mohd Noah (PK KOKO).. Terima kasih juga kepada pengurus pasukan iaitu Ustaz Zakaria, En. Aziz Rebu dan En. Nukhairi serta jurulatih En. Yusri Abd Rahman..


* Laluan SMSJ ke peringkat akhir SBP Zon Selatan :

Peringkat Kumpulan (Johan Kumpulan) :

1) SMSJ menewaskan SBPI Sultan Iskandar Mersing.
2) SMSJ seri dengan MOZAC (hujan)
3) SMSJ menewaskan SDAR.

Peringkat Kumpulan Y (Johan Kumpulan Y) :
1) SMSJ menewaskan STJ.
2) SMSJ menewaskan SMAP Labu.

Peringkat akhir :
1) SMSJ tewas tipis kepada SAKTI.

* Seorang pemain SMSJ mendapat "Best All Rounder"..

Wednesday, March 3, 2010

Program Mesra IWK bersama Warga SMSJ




Hari ini iaitu 3 Mac jam 3.00petang bertempat di Dewan Sri Karyawan berlangsung majlis ilmu iaitu ceramah mengenai IWK yang disampaikan oleh pihak Indah Water Konsortium (IWK) sendiri.. IWK (Indah Water Konsortium) merupakan syarikat pembetungan utama di Malaysia yang memastikan sistem kumbahan dirawat untuk mengelakkan berlakunya ketidakselesaan dan penyebaran penyakit.. Ceramah ini bertujuan untuk menyedarkan pelajar mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan dan sistem saliran kerana ianya menjadi sumber air kepada kita semua.. Justeru itu, sistem saliran yang sempurna disamping kesedaran pengguna supaya tidak mengotorkan sumber air dan membuang sampah/bahan buangan ke dalam saliran kumbahan amat penting..

Khidmat Masyarakat PSK - Tanam Pokok





Petang ini 3 Mac 2010 jam 5 petang akan diadakan khidmat masyarakat menanam pokok oleh pelajar tingkatan 2 di sekitar kawasan sekolah.. Program ini merupakan sisipan dari subjek pendidikan Sivik & Kewarganegaraan untuk pelajar tingkatan 2.. Diharap program sebegini dapat menanam diri pelajar juga untuk sayang terhadap alam sekitar..






Monday, March 1, 2010

Pertandingan Dorm Tercantik 2010

Pada tahun ini, pertandingan dorm tercantik diadakan bagi memastikan pelajar hidup dengan suasana yang selesa dan ceria.. Pertandingan bermula dari bulan Mac.. Hadiah yang lumayan disediakan kepada pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan..


Poster pertandingan


Popular Posts

SCM