.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Monday, April 26, 2010

Kem Pengawas 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SMSJ 2010 di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka dari 23 hingga 25 April 2010 selama 3 hari 2 malam..

23 April 2010 :
Para peserta telah bertolak ke Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.. Seramai 52 orang pengawas dan 7 orang guru pengiring telah menyertai kem tersebut.. Sebanyak dua buah bas telah digunakan untuk membawa peserta ke kem tersebut yang mana sebuah bas membawa peserta lelaki dan sebuah lagi membawa peserta perempuan.. Bas yang membawa peserta lelaki (bas sewa) telah bertolak pada jam 10.30 pagi manakala bas yang membawa peserta perempuan pula bertolak pada jam 12.30 tengahari.. Para peserta lelaki telah tiba di Kem Lambaian Danau pada jam 1.00 petang.. Peserta perempuan pula tiba di kem tersebut sejam selepas itu.

Setibanya di kem tersebut, para peserta dan guru-guru pengiring telah disambut oleh En. Rosli Bin Kamaluddin, pengusaha kem tersebut bersama-sama dengan beberapa orang fasilitatornya.. Kesemua peserta program menginap di dalam di dalam khemah yang telah disediakan.. Mereka dikehendaki memasang khemah sendiri.. Bagi guru-guru pengiring pula telah disediakan dua buah bilik iaitu untuk penginapan guru lelaki dan perempuan..

2.30 p.m : Upacara penyerahan peserta program oleh penyelaras program iaitu Cik Siti Zanaria Binti Misnon kepada wakil fasilitator yang juga selaku pengusaha Kem Lambaian Danau iaitu En. Rosli Bin Kamaluddin.
3.00 p.m : Slot ice-breaking yang mana telah membahagikan peserta kepada empat kumpulan iaitu kumpulan Top, Daia, Dobi dan Trojan.
4.00 p.m : Slot Nature Walk yang mana para peserta dibawa melihat dan meninjau kawasan kem tersebut.. Para peserta telah diperkenalkan dengan tempat-tempat yang ada di dalam kawasan kem.
5.30 p.m : Para peserta dibawa ke Anjung Tuah untuk minum petang.
5.45p.m : Para peserta membersihkan diri, solat dan menguruskan diri.
7.00p.m : Para peserta bergerak ke surau bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
7.30 p.m : Para peserta mendengar kuliah agama yang telah disampaikan oleh seorang imam yang telah dijemput khas.
8.30 p.m : para peserta menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
8.50 p.m : para peserta makan malam.
9.10 p.m : Slot ceramah ‘Konsep Kepimpinan Berkesan’ telah disampaikan oleh En. Zakaria Bin Ahmad iaitu salah seorang fasilitator di kem tersebut.
11.10 p.m : supper
11.30p.m : para peserta telah diberi taklimat untuk aktiviti Night Walk.. Aktiviti Night Walk bermula pada jam 12.00 a.m dan berakhir pada jam 2.00 a.m..

24 April 2010 :
5.30a.m : Para peserta bangun untuk mengurus diri dan solat Subuh berjemaah.
6.45a.m : Para peserta menjalani senam pagi &rafting.
7.30a.m : Para peserta bersarapan pagi pula.
8.00a.m : Para peserta diberi taklimat untuk slot Rakit Race.
8.30a.m : Para peserta menjalani aktiviti Rakit Race yang mana para peserta dikehendaki membina rakit mengikut kumpulan masing-masing.
9.30a.m : Para peserta dibawa ke tasik untuk menjalani aktiviti Water Brave.
10.00a.m : Para peserta dibawa melawat kolam ikan air tawar di kawasan kem tersebut dengan menaiki rakit yang dibina.
10.30a.m : Aktiviti Rakit Race pula dijalankan yang mana para peserta bertanding berakit secara berkumpulan menuju ke tempat penamat.
11.30a.m : Acara berakit beramai-ramai dengan menggunakan satu rakit sahaja pula dijalankan. Dalam aktiviti ini, kesemua peserta menaiki satu rakit yang dibina dengan menyambungkan empat rakit menjadi satu rakit sahaja. Aktiviti ini juga mencipta rekod baru bagi pihak pengurusan kem tersebut kerana rakit yang dibina oleh peserta-peserta daripada SMSJ merupakan rakit terpanjang yang pernah dibina oleh peserta-peserta kursus sebelum ini.
12.30p.m : Aktiviti ditangguhkan bagi membolehkan para peserta menjamu selera dan menguruskan diri.
2.00 p.m : Slot ‘One Team One Spirit’ (OTOS) dan obstaclerun. Aktiviti-aktiviti ini adalah berkonsepkan ‘team building’ yang mana para peserta perlu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan kerja berpasukan untuk mengeksplorasi kawasan kem tersebut.
6.00p.m : Minum petang dan menguruskan diri.
7.20 p.m : Para peserta solat Maghrib secara berjemaah.
7.45 p.m : Jamuan penutup pelajar (BBQ) & makan malam.
8.30 p.m : Solat Isyak berjemaah
9.00 p.m : Slot ‘Pengurusan Kepimpinan Di Sekolah Berteraskan Islam dan Bertaraf Global’ (disampaikan oleh penceramah undangan iaitu En. Mohd Kamal Bin Untong, pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) yang juga selaku kaunselor JPNJ.
11.00 p.m : Supper
11.15 p.m : ‘binding slot’ (refleksi dan rumusan aktiviti)
12.00 p.m : Tidur

25 April 2010 :
5.30 a.m : Urus diri dan solat Subuh
6.45 a.m : Senam pagi
7.30 a.m : Sarapan
8.00 a.m : Taklimat ‘War Game’
8.15 a.m : ‘cheer’
8.30 a.m : ‘War Game’
11.30a.m : Aktiviti dalam air (bebas)
12.00p.m : Urus diri dan kemas barang serta mengemas khemah
12.45p.m : Makan tengahari
1.15 p.m : Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah serta sijil –disempurnakan oleh En. Rosli Bin Kamaluddin.
1.45 p.m : Solat Zohor berjemaah
2.15 p.m : Sesi bergambar
2.30 p.m : Bertolak ke SMSJ


Popular Posts

SCM