.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, April 30, 2010

Hari Terbuka Asrama

HARI TERBUKA ASRAMA SMSJ 2010
Tarikh : 30 April, 1 Mei & 2 Mei 2010
Tempat : Kawasan sekitar asrama SMSJ
Dikendalikan oleh : Rumah Buana..

Majlis perasmian pada malam 1 Mei jam 8.00 malam..

* Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka Asrama ini..
* Pelbagai jualan gerai makanan oleh pelajar dan kelab/persatuan..
* Pelbagai xtvt sukaneka antara pelajar SMSJ dgn sekolah2 jemputan..
* Juga ada pertandingan Karaoke..
* Acara penting - Pertandingan dorm tercantik..

Thursday, April 29, 2010

Kawad Kaki Daerah Kluang

Pada Rabu 28 April, telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kluang di Dataran Tasek Kluang.. Pada hari ini, Pertandingan Kawad Kaki daerah bagi kategori KRS lelaki & perempuan serta badan beruniform (GO) lelaki & perempuan.. Kategori GO pada asalnya ialah 5 April namun disebabkan pada tarikh tersebut juga diadakan latihan menembak anjuran Polis pada 4,5 dan 6 Mei, maka kategori ini telah dipercepatkan tarikhnya pada 28 April.. Pada paginya SMSJ telah menghantar pasukan KRS Lelaki manakala petang pula pasukan Kadet Polis lelaki..

Berikut adalah gambaran sepanjang pertandingan Kawad Kaki GO yang sempat dirakam..
Semasa pertandingan Kawad Kaki berlangsung..



Beberapa pasukan Kadet Polis dari sekolah lain..

Upacara penyampaian hadiah & sijil..


Gambar Posing...

Platun Kadet Polis SMSJ 2010..


Tuesday, April 27, 2010

Simulasi Menembak


Pada 26 April jam 3.00 petang, Skuad Kadet Polis SMSJ telah menghantar 25 ahli Kadet ke simulasi menembak yang diadakan di SMK Seri Intan.. Guru yang mengiring adalah cikgu Esa dan juga cikgu Syaiful.. Antara sekolah yang terlibat bagi simulasi pada petang itu adalah SMSJ sendiri, SMK Seri Intan, SMK Seri Lalang dan juga SMK Taman Kluang Barat..

Tenaga pengajar untuk simulasi ini adalah terdiri dari pihak polis sendiri kerana melibatkan senjata M16 yang sebenar.. Justeru itu, simulasi ini diberikan kepada pelajar serta guru pengiring sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum mereka ke lapang sasar menembak yang sebenar yang menggunakan senjata M16 serta peluru hidup..






Antara aktiviti yang dijalankan sebagai persediaan awal kepada ahli kadet mengenai penggunaan senjata M16..

Monday, April 26, 2010

Kem Pengawas 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SMSJ 2010 di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka dari 23 hingga 25 April 2010 selama 3 hari 2 malam..

23 April 2010 :
Para peserta telah bertolak ke Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.. Seramai 52 orang pengawas dan 7 orang guru pengiring telah menyertai kem tersebut.. Sebanyak dua buah bas telah digunakan untuk membawa peserta ke kem tersebut yang mana sebuah bas membawa peserta lelaki dan sebuah lagi membawa peserta perempuan.. Bas yang membawa peserta lelaki (bas sewa) telah bertolak pada jam 10.30 pagi manakala bas yang membawa peserta perempuan pula bertolak pada jam 12.30 tengahari.. Para peserta lelaki telah tiba di Kem Lambaian Danau pada jam 1.00 petang.. Peserta perempuan pula tiba di kem tersebut sejam selepas itu.

Setibanya di kem tersebut, para peserta dan guru-guru pengiring telah disambut oleh En. Rosli Bin Kamaluddin, pengusaha kem tersebut bersama-sama dengan beberapa orang fasilitatornya.. Kesemua peserta program menginap di dalam di dalam khemah yang telah disediakan.. Mereka dikehendaki memasang khemah sendiri.. Bagi guru-guru pengiring pula telah disediakan dua buah bilik iaitu untuk penginapan guru lelaki dan perempuan..

2.30 p.m : Upacara penyerahan peserta program oleh penyelaras program iaitu Cik Siti Zanaria Binti Misnon kepada wakil fasilitator yang juga selaku pengusaha Kem Lambaian Danau iaitu En. Rosli Bin Kamaluddin.
3.00 p.m : Slot ice-breaking yang mana telah membahagikan peserta kepada empat kumpulan iaitu kumpulan Top, Daia, Dobi dan Trojan.
4.00 p.m : Slot Nature Walk yang mana para peserta dibawa melihat dan meninjau kawasan kem tersebut.. Para peserta telah diperkenalkan dengan tempat-tempat yang ada di dalam kawasan kem.
5.30 p.m : Para peserta dibawa ke Anjung Tuah untuk minum petang.
5.45p.m : Para peserta membersihkan diri, solat dan menguruskan diri.
7.00p.m : Para peserta bergerak ke surau bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
7.30 p.m : Para peserta mendengar kuliah agama yang telah disampaikan oleh seorang imam yang telah dijemput khas.
8.30 p.m : para peserta menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
8.50 p.m : para peserta makan malam.
9.10 p.m : Slot ceramah ‘Konsep Kepimpinan Berkesan’ telah disampaikan oleh En. Zakaria Bin Ahmad iaitu salah seorang fasilitator di kem tersebut.
11.10 p.m : supper
11.30p.m : para peserta telah diberi taklimat untuk aktiviti Night Walk.. Aktiviti Night Walk bermula pada jam 12.00 a.m dan berakhir pada jam 2.00 a.m..

24 April 2010 :
5.30a.m : Para peserta bangun untuk mengurus diri dan solat Subuh berjemaah.
6.45a.m : Para peserta menjalani senam pagi &rafting.
7.30a.m : Para peserta bersarapan pagi pula.
8.00a.m : Para peserta diberi taklimat untuk slot Rakit Race.
8.30a.m : Para peserta menjalani aktiviti Rakit Race yang mana para peserta dikehendaki membina rakit mengikut kumpulan masing-masing.
9.30a.m : Para peserta dibawa ke tasik untuk menjalani aktiviti Water Brave.
10.00a.m : Para peserta dibawa melawat kolam ikan air tawar di kawasan kem tersebut dengan menaiki rakit yang dibina.
10.30a.m : Aktiviti Rakit Race pula dijalankan yang mana para peserta bertanding berakit secara berkumpulan menuju ke tempat penamat.
11.30a.m : Acara berakit beramai-ramai dengan menggunakan satu rakit sahaja pula dijalankan. Dalam aktiviti ini, kesemua peserta menaiki satu rakit yang dibina dengan menyambungkan empat rakit menjadi satu rakit sahaja. Aktiviti ini juga mencipta rekod baru bagi pihak pengurusan kem tersebut kerana rakit yang dibina oleh peserta-peserta daripada SMSJ merupakan rakit terpanjang yang pernah dibina oleh peserta-peserta kursus sebelum ini.
12.30p.m : Aktiviti ditangguhkan bagi membolehkan para peserta menjamu selera dan menguruskan diri.
2.00 p.m : Slot ‘One Team One Spirit’ (OTOS) dan obstaclerun. Aktiviti-aktiviti ini adalah berkonsepkan ‘team building’ yang mana para peserta perlu bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan kerja berpasukan untuk mengeksplorasi kawasan kem tersebut.
6.00p.m : Minum petang dan menguruskan diri.
7.20 p.m : Para peserta solat Maghrib secara berjemaah.
7.45 p.m : Jamuan penutup pelajar (BBQ) & makan malam.
8.30 p.m : Solat Isyak berjemaah
9.00 p.m : Slot ‘Pengurusan Kepimpinan Di Sekolah Berteraskan Islam dan Bertaraf Global’ (disampaikan oleh penceramah undangan iaitu En. Mohd Kamal Bin Untong, pegawai di Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) yang juga selaku kaunselor JPNJ.
11.00 p.m : Supper
11.15 p.m : ‘binding slot’ (refleksi dan rumusan aktiviti)
12.00 p.m : Tidur

25 April 2010 :
5.30 a.m : Urus diri dan solat Subuh
6.45 a.m : Senam pagi
7.30 a.m : Sarapan
8.00 a.m : Taklimat ‘War Game’
8.15 a.m : ‘cheer’
8.30 a.m : ‘War Game’
11.30a.m : Aktiviti dalam air (bebas)
12.00p.m : Urus diri dan kemas barang serta mengemas khemah
12.45p.m : Makan tengahari
1.15 p.m : Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah serta sijil –disempurnakan oleh En. Rosli Bin Kamaluddin.
1.45 p.m : Solat Zohor berjemaah
2.15 p.m : Sesi bergambar
2.30 p.m : Bertolak ke SMSJ


Tuesday, April 20, 2010

Perjumpaan Rumah kali ke-2

Pada 19 April 2010, iaitu pada pagi isnin telah diadakan perjumpaan rumah untuk membincangkan mengenai majlis yang akan dikendalikan oleh setiap rumah.. Setiap majlis tersebut telah ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut giliran bagi acara-acara besar sekolah..

Tujuan utama pembahagian tugas untuk pengendalian majlis besar sekolah adalah selaras dengan sistem rumah itu sendiri, iaitu mahu melibatkan semua pelajar agar mempunyai sikap kerjasama dan boleh bekerja dalam satu kumpulan.. Dari sini, kita boleh lihat sifat kepimpinan pelajar dan juga kekuatan sesuatu rumah itu disamping guru-guru yang memainkan peranan penting untuk membimbing pelajar.. Berikut adalah majlis besar sekolah yang perlu dikendalikan mengikut rumah :

1) Rumah Buana (hijau) - Hari Terbuka Asrama
2) Rumah Segara (biru) - Hari Guru
3) Rumah Suria (kuning) - Hari Kokurikulum
4) Rumah Purnama - Majlis Malam Seri Gemilang

Justeru itu, perjumpaan ini dimanfaatkan oleh semua pelajar dan guru setiap rumah bagi membincangkan aktiviti serta kelancaran majlis nanti.. Komitmen semua amat penting dalam sistem rumah ini kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kedudukan rumah itu sendiri di SMSJ ini..

Semua memberikan idea dan aktiviti yang sesuai serta melantik organisasi induk..


Antara aktiviti yang dijalankan semasa perjumpaan rumah Suria..

Monday, April 19, 2010

Kejohanan Balapan & Padang MSSJ

Setelah penat bertarung di MSSD, kini atlet2 SMSJ menyambung semula pertarungan ke MSSJ pula.. Kali ini MSSJ berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Muar dari 14-17 April 2010..

Seramai 12 orang pelajar dari sekolah ini telah dipilih untuk mewakili daerah Kluang.. Alhamdulillah, beberapa orang pelajar telah berjaya memperoleh pingat.. Mereka ialah :
1) Vimalan a/l Letchumanan - 1 emas, 2 perak
2) Muhd Afiq Arsyad Bin Johar - 1 emas
3) Muhd Hafiz Amzar Bin Hussain - 1 gangsa, keempat
4) Muhd Azammuddin Bin Mustakim - 1 gangsa
5) Muhd Fitri Bin Abu Bakar - 1 gangsa

Saudara Vimalan & Afiq Arsyad telah terpilih mewakili Johor dalam Kejohanan Padang & Balapan MSSM di Johor Bahru pada 18-21 Mei 2010.. Semoga berjaya diucapkan..


Friday, April 16, 2010

Program Pengantarabangsaan

akan dikemaskini..


rogram Pengantarabangsaan di antara SMSJ dengan Universitas Pendidikan Indonesia..

Wednesday, April 14, 2010

Program Pengantarabangsaan

Pada isnin petang yang lalu, satu mesyuarat mengenai program pengantarabangsaan telah dijalankan di bilik gerakan pada jam 3 petang.. Mesyuarat membincangkan mengenai perjalanan setiap jawatankuasa yang telah diubah ke hari jumaat ini 16 April 2010.. Program ini dinamakan kursus serantau pedagogi bagi program pengantarabangsaan 2010 dengan kerjasama SM Sains Johor dengan Universitas Pendidikan Indonesia.. Program ini akan berlangsung pada 16 April 2010 bertempat di Dewan Sri Bakti dari jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari.. Di harap hubungan kerjasama ini dapat memperkongsikan ilmu di antara dua negara serta menaikkan lagi nama SMSJ di rantau ini..


Sunday, April 11, 2010

Merentas Desa MSSJ

Kejohanan merentas desa MSSJ 2010 telah berlangsung di Ledang pada 9 & 10 April 2010.. Atlet yang terlibat adalah L15 - Vimalan, Muhd Hafiz Amzar dan Muhd Ariff Asyraaf manakala L18 - Mohd Husyafiq Asraf..

Berikut adalah keputusan pertandingan :
1) Kategori L15 - Pertama, Kedua & Kelapan ( Johan Kategori)
2) Kategori L18 - ke-18
Keputusan keseluruhan : Kluang - Johan Keseluruhan..
Oleh yang demikian, seramai 3 orang pelajar SMSJ iaitu Vimalan a/l Letchumanan, Muhd Hafiz Amzar Bin Hussain dan Muhd Ariff Asyraaf Bin Mohd Nazli akan menyertai Kejohanan Merentas Desa MSSM di Kuala Kubu Baru, Selangor..

Tahniah kepada atlet SMSJ!!!

Saturday, April 10, 2010

LDP Kajian Tindakan


Hari ini 10 April jam 8 pagi telah diadakan program LDP kajian tindakan dari JKD Kajian tindakan Daerah Kluang di Dewan Sri Bakti SMSJ.. Setiap sekolah menghantar 10 orang wakil guru untuk mengikuti kursus ini.. Penceramah pula ialah dari JU Kajian Tindakan Negeri Johor iaitu Pn. Hajah Rosizan bt Mohd Yusof dari STAB Kluang.. Tepat jam 10 pagi, sesi ceramah tamat dan semua peserta menjamu selera minum pagi yang disediakan di kantin..

Selepas selesai minum pagi, sesi LDK pula diadakan tetapi berubah tempat di Dewan Ibnu Sina.. Kali ini, semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana dalam satu kumpulan terdapat guru dari pelbagai sekolah.. Ini bagi merapatkan lagi hubungan antara guru dan berkongsi idea biarpun sekolah berlainan.. Setiap orang memainkan peranan dalam kumpulan memberikan idea kerana setiap kumpulan diberikan tugasan membuat kajian tindakan.. Masa diberikan oleh Pn. Hjh Rosizan supaya setiap kumpulan dapat membentangkan kajian tindakan kumpulan masing-masing..


Program diakhiri dengan penyampaian cederamata dari SMSJ kepada penceramah diiringi oleh kaunselor SMSJ dan En. Basir iaitu PK HEM SMSJ.. Selepas itu semua menjamu selera di kantin..

Penyampaian cenderamata oleh PK HEM SMSJ kepada penceramah..


Thursday, April 8, 2010

Pot Luck KEBIRU 2

Pagi ini 8 April 2010 bersamaan hari khamis, KEBIRU telah mengadakan Pot Luck untuk kali ke-2 dalam tahun ini.. Ini bagi merapatkan lagi jalinan antara guru-guru dan staf di SMSJ ini.. Menu kali ini adalah seperti nasi lemak, sate ayam, pulut kuning, kuih muih serta pelbagai jenis minuman panas & sejuk.. Selamat menjamu selera semua..=)

Wednesday, April 7, 2010

Bengkel Asas Image Editing

Pada hari rabu petang 7 April 2010 jam 4.00 petang, Kelab Fotografi telah mengadakan bengkel Asas Image Editing di Makmal Bestari SMSJ.. Bengkel selama 1 jam 30 minit ini hanya mendedahkan bagaimana Adobe Photoshop boleh melakukan tugas editing gambar yang di ambil supaya menjadi lebih menarik.. Paling penting adalah pelajar dapat mengetahui fungsi setiap komponen yang terdapat dalam toolbar dan aplikasinya untuk editing gambar.. Selepas itu, pelajar diberikan latihan praktikal yang ringkas bagi asas Image Editing ini.. Tenaga pengajar adalah cikgu Syaiful & cikgu Susanti yang merupakan guru pembimbing Kelab Fotografi SMSJ juga.. Di harap pelajar dapat menggunakan ilmu ini untuk menghasilkan karya yang lebih kreatif lagi..


Pelajar membuat latihan menggunakan perisian Adobe Photoshop..


Jamuan Kadet Polis

Pada petang rabu 7 April jam 2.00 petang di DSB SMSJ, Kadet Polis telah mengadakan satu jamuan kecil-kecilan bagi meraikan sesama ahli di atas kejayaan melaksanakan perkhemahan pada tahun lepas.. Ini sebagai kenduri kesyukuran di atas kejayaan pelaksanaan program perkhemahan tersebut.. Di harap tahun ini lebih banyak lagi aktiviti dapat dijalankan dengan penglibatan ahli Kadet Polis SMSJ keseluruhannya..


Jamuan ringan Kadet Polis..

Popular Posts

SCM