.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Wednesday, June 29, 2011

Ahlan Wa Sahlan : Imtiaz Kuala Terengganu


Pada 3 Julai nanti, sebuah sekolah dari Terengganu iaitu SM Imtiaz Kuala Terengganu akan datang ke SM Sains Johor untuk perkongsian ilmu dan suasana pembelajaran dan kehidupan di SMSJ ini.. Seramai 35 orang pelajar serta 3 orang guru akan ke SMSJ dalam program penempatan pelajar SPM 2011 "Jalinan Kasih" selama 4 hari iaitu dari 3 julai hingga 6 julai 2011.. Mereka juga akan tinggal di Aspura Aspuri SMSJ sepanjang tempoh ini.. Semoga kita dapat berkongsi pengajaran dan pembelajaran bersama.. Ahlan Wa Sahlan kepada SM Imtiaz Kuala Terengganu..=)


    

Tuesday, June 28, 2011

Nantikan kemunculannya...

Proses menghasilkan MERCU kini semakin giat dijalankan bagi memastikan kualiti kandungan dan rekaan yang dihasilkan dapat merubah tradisi majalah-majalah sebelum ini biarpun telah lama tidak dihasilkan.. Komitmen krew MERCU legacy diperlukan supaya isi maklumat pada majalah ini lebih kelihatan segar dari segala aspek.. Admin telah mengagihkan draf dan maklumat yang diperlukan untuk majalah yang bakal dicetak sebaik sahaja program terakhir sekolah dalam bulan september atau awal november.. Sejak dari awal tahun krew-krew MERCU giat dan komited dalam mengambil gambar segala aktiviti sepanjang tahun 2011 ini.. Diharap kerjasama warga sekolah terhadap krew MERCU ini bagi memudahkan pengurusan.. 

Disamping itu, pihak-pihak luar atau kompeni/syarikat yang mahu menyumbangkan kepada MERCU ini dapatlah sekiranya menghubungi pihak admin MERCU atau email sainsjohor@gmail.com samada sumbangan ataupun pengiklanan..Sekian..=)

    

Karnival Hoki 6 Sebelah

Karnival Hoki 6 Sebelah terbuka akan diadakan di Padang SM Sains Johor dari 1 Julai 2011 hingga 3 Julai 2011.. Diharap team-team hoki diluar sana dapat menyertai karnival ini yang akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut.. Gerai jualan serta pertandingan mewarna juga ada kepada pengunjung..

Selamat Menyambut Israk Mikraj

Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada semua muslimin muslimat sekalian.. Semoga kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT.. 


           

1 Murid 1 Sukan

Pada februari yang lepas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan tentang dasar satu murid satu sukan.. Menurut beliau, dasar ini telah lama wujud, cuma belum ditekankan di sekolah-sekolah..

Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan.. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.. Pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh pihak kementerian, jadi cikgu-cikgu semua perlulah bersiap untuk pertambahan satu lagi tugasan..

Thursday, June 23, 2011

Simulasi Menembak

Pada 22 Jun jam 3.00 petang, Skuad Kadet Polis SMSJ telah menghantar seramai 32 ahli Kadet iaitu 16 lelaki & 16 perempuan ke simulasi menembak yang diadakan di SMK Seri Intan..Cuaca hujan dan ketiadaan bas sekolah tidak menghalang untuk skuad Kadet Polis SMSJ untuk hadir ke simulasi menembak ini yang merupakan wajib kepada mereka yang akan ke lapang sasar sebenar.. Guru yang mengiring adalah cikgu Esa dan juga cikgu Syaiful.. Antara sekolah yang terlibat bagi simulasi pada kali ini adalah SMSJ sendiri, SMK Seri Intan, SMK Seri Lalang dan juga SMK Jalan Mengkibol..

Sarjan Suhaimi serta beberapa pembantunya bertanggungjawab untuk mengajar bagi simulasi ini kerana melibatkan penggunaan senjata M16 yang sebenar..Penerangan serta praktikal diberikan supaya ahli kadet dapat membiasakan dengan M16 ini.. Justeru itu, simulasi ini diberikan kepada pelajar serta guru pengiring sebagai pendedahan dan persediaan awal sebelum mereka ke lapang sasar menembak yang sebenar yang menggunakan senjata M16 serta peluru hidup..

Sunday, June 19, 2011

Sekolah sains baru di Kluang

Pada tahun 2011, kini daerah Kluang telah memiliki 2 buah sekolah sains iaitu SM Sains Johor ini sendiri dan adiknya iaitu SM Sains Sembrong.. Terletak berhampiran antara satu sama lain yang hanya perjalanan mengambil masa selama 15minit sahaja.. Ini membuktikan Kluang bertuah kerana dapat melahirkan modal insan yang cemerlang kepada negara.. 

En. Basir bin Ibrahim yang merupakan PK Hem SMSJ telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemegang Amanah di SMS Sembrong bermula penghujung bulan april.. Beliau dengan komited melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh KPM kepada beliau..

Logo SMS Sembrong..

Sekolah ini telah mula beroperasi pada bulan Jun dengan kemasukan beberapa orang guru.. Dan mula beroperasi sepenuhnya pada Julai ini.. Dengan adanya blog SMS Sembrong iaitu kliklink dapat memberikan info sekolah berkenaan serta perkongsian maklumat dan kemahiran antara kedua-dua buah sekolah ini..



Kem Batch Tingkatan 4

Pada 16 hingga 18 Jun 2011, pelajar tingkatan 4 telah menyertai kem motivasi antara batch sesama mereka di Kem Lambaian Danau, Jasin Melaka.. Tujuan kem ini adalah bagi merapatkan ukwah sesama mereka serta memotivasikan mereka kearah insan yang berguna nanti.. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program di sini... Di harap mereka akan lebih berubah sekembali di sekolah nanti..

Hari Terbuka & Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35


Wednesday, June 15, 2011

Popular Posts

SCM