.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Wednesday, July 28, 2010

Jamuan Apresiasi Warden SMSJ

Tuesday, July 27, 2010

Latihan Kebakaran Asrama

Pada awal pagi 27 Julai 2010 jam 3.30 pagi telah diadakan latihan kebakaran di asrama putera & puteri SMSJ.. Latihan kebakaran ini dianjurkan oleh pasukan Kadet Bomba SMSJ yang diketuai oleh Cikgu Basir selaku PK HEM SMSJ.. Hasil daripada latihan ini, mereka yang didapati rentung seramai 7 orang puteri & 56 orang putera.. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberikan latihan kepada warga SMSJ mengenai tindakan yang perlu dibuat seandainya berlaku kebakaran sebenar..

Saturday, July 10, 2010

Latihan Menembak : Kadet Polis

Pada 9 Julai 2010 iaitu hari jumaat, telah diadakan latihan menembak bagi anggota Kor Kadet Polis daerah Kluang 2010 bertempat di Lapang Sasar Bukit Kangkar, Tangkak, Muar.. Seramai 25 anggota kadet polis dari SMSJ serta diiringi guru yang terlibat iaitu cikgu Esa, cikgu Nukhairi dan juga cikgu Syaiful telah menyertai untuk acara latihan menembak ini..

Kami semua bertolak dari sekolah pada jam 7.00pagi ke Balai Polis Kluang dan berkumpul di sana untuk konvoi menaiki trak polis..Kesemua peserta bertolak tepat jam 8.00pagi ke Lapang Sasar di Muar.. Kami semua tiba dalam jam 9.40pagi.. Setibanya di sana, kami terus menjamu sarapan..
Setelah selesai, peserta dipanggil berkumpul bagi sesi penerangan pengunaan serta teknik mengendalikan senjata M16 kepada kesemua anggota Kadet Polis sebelum latihan sebenar dimulakan.. Tujuan latihan menembak ini adalah sebagai pendedahan kepada anggota kadet polis mengenai penggunaan senjata rifle M16.. Setelah selesai taklimat, latihan menembak dimulakan.. Tepat jam 12.30tengahari, kami semua ke masjid terdekat untuk menunaikan solat jumaat.. Setelah selesai menunaikan solat, kesemua anggota yang kembali ke lapang sasar dan menjamu selera dengan makan tengahari yang telah disediakan.. Setelah kenyang menjamu selera, latihan menembak bersambung semula.. Kesemua anggota Kadet dan guru-guru merasai penggunaan rifle M16.. Acara terakhir pula, guru-guru mencuba pistol jenis beretta menembak papan sasaran pada jarak dekat.. Setelah selesai, acara penyampaian hadiah dan sijil dilakukan.. Keputusan latihan menembak ini, SMSJ mendapat naib johan bagi siri ini, manakala cikgu pula dimenangi oleh SMSJ iaitu cikgu Nukhairi.. Sebelum majlis tamat, kesemua peserta dikehendaki melakukan ikrar..
Tepat jam 6.30petang, kami semua bertolak pulang.. Kami singgah di Hentian Pagoh untuk menunaikan solat maghrib dan berehat.. Tepat jam 8.00malam, kesemua konvoi bergerak pulang ke Kluang..Trak yang membawa anggota kadet polis SMSJ tiba di sekolah pada jam 9.40malam..

Hari Kokurikulum

Hari Kokurikulum yang dikelolakan oleh rumah Suria diadakan selama sebulan sepanjang bulan julai ini.. Upacara kemuncak akan diadakan pada 31 Julai 2010 dari 8.00 pagi hingga 10.30 malam.. Malam perasmian & penutup karnival berlangsung di Dewan Seri Karyawan jam 8.00 malam.. Datanglah beramai-ramai memeriahkan karnival ini.!!



Friday, July 2, 2010

Hari Terbuka & Mesyuarat Agung PIBG 2010


.:: SELAMAT DATANG KE HARI TERBUKA & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2010 ::.

Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Julai 2010
Tempat : Bilik Kelas & Dewan Sri Karyawan


Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2010 :

10.30 - 11.30 pagi :-
Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMSJ:
Ucapan pengerusi majlis.
Ucapan Yang Di Pertua PIBG sesi 2008/2010.
Ucapan Pengetua Cemerlang SMSJ.
Ucapan Perasmian oleh :
Y.A.B Prof. Dato’ Dr. Mohd. Nor Bin Dalimin,
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn,
Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Majlis penyampaian cendermata.
Majlis penutup.


11.30 pagi : -
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG bermula:
Ucapan Alu-aluan YDP PIBG sesi 2008/2010.
Ucapan Pengetua Cemerlang JUSA C , SMSJ.
Menerima dan Mengesahkan minit mesyuarat 2009.
Membincangkan perkara berbangkit.
Laporan Setiausaha.
Laporan Bendahari / Pembentangan Kewangan 2009.
Pembubaran AJK PIBG sesi 2008/2010.
Perlantikan YDP PIBG sementara.
Pemilihan AJK PIBG sesi 2010/2012.
Pembahasan usul.
Ucapan penangguhan.


1.30 pagi : -
Mesyuarat ditangguhkan.

Popular Posts

SCM