.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Thursday, July 24, 2014

Sesi Bersalaman

24 Julai 2014 : Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut semua warga muslim SMSJ, sesi bersalaman sesama warga SMSJ telah dijalankan selepas sesi gotong-royong perdana.. Berikut adalah beberapa gambar suasana tersebut.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin..

                       

Gotong-royong Perdana 2014

24 Julai 2014 : Hari terakhir persekolahan ini telah diadakan satu program Gotong-royong Perdana 2014 sempena Minggu Banteras Denggi peringkat sekolah.. Program ini bermula jam 8.00 pagi disertai oleh semua pelajar dan warga SMSJ.. Semua peserta dibahagikan mengikut zon kawasan yang telah ditetapkan disekitar kawasan sekolah bagi memastikan sekolah bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.. Dalam masa sama, pelajar dan warga SMSJ didedahkan dengan sikap tanggungjawab untuk banteras tempat pembiakan nyamuk aedes yang membawa wabak denggi..

Gotong-royong Perdana..Hapuskan Aedes!!!
      

Tuesday, July 22, 2014

Kursus Tunas Bistari

22 Julai 2014 : Beberapa orang Ahli Tertinggi Tunas Bistari Sains Johor telah terlibat menyertai kursus yang dianjurkan oleh Johor Corporation untuk ahli Tunas Bistari daerah Kluang dan Batu Pahat.. Kursus dijalankan di SK Parit Raja, Batu Pahat.. Kursus ini dijalankan bagi membantu syarikat masing-masing untuk meningkatkan pengetahuan dalam ICT seiring dengan jualan produk yang dijalankan..Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan pasaran yang meluas didalam gerbang teknologi ICT..


    

Saturday, July 19, 2014

LDP Guru

19 Julai 2014 : Telah berlangsung LDP untuk guru pada jam 8.00 pagi di Dewan Sri Bakti, SMSJ.. LDP ini bertajuk "Pelan Integriti Nasional (PIN) & Pembudayaan Integriti Dalam Pendidikan".. Pelbagai info yang berguna disampaikan..

 
 

           

Saturday, July 12, 2014

Perasmian Surau Al-Ikhsan

12 Julai 2014 : Merupakan detik bersejarah SMSJ kerana Surau Al-Ikhsan diserahkan semula kepada SMSJ berikutan proses perancangan dan ubahsuai yang dijalankan oleh SAJOHA (Sains Johor Alumni) bermula dari tahun 2012.. Majlis perasmian surau telah diadakan jam 3.00 petang yang dimulakan dengan Majlis Khatam al-Quran oleh para pelajar.. Majlis Penyerahan Surau Al-Ikhsan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang juga merupakan bekas pelajar SMSJ..

           

Kelab Fotografi ke Raffles Uni..

12 Julai 2014 : Program lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh kelab Fotografi SMSJ ke Raffles Universiti untuk sesi lawatan dan belajar berkaitan fotografi.. Kami bertolak ke Raffles pada jam 7.30 pagi.. Seramai 2 orang guru dan 40 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab dan Mercu terlibat dalam proses PNP diluar kelas ini..Terdapat 2 program yang disertai oleh pelajar iaitu fotografi dan grafik design.. Diharap pelajar mendapat input yang berguna disamping memberi pendedahan mengenai Raffles Universiti itu sendiri..

      

Popular Posts

SCM