.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, February 28, 2014

Malam Penutup HOVAL

28 Februari 2014 : Telah berlangsung majlis penutup Hari Terbuka Asrama 2014 atau HOVAL yang dianjurkan oleh rumah Buana.. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua SMSJ iaitu En, Ibrahim Bin Omar.. Majlis penutup ini diserikan dengan beberapa persembahan pelajar, persembahan multimedia dan penyampaian hadiah kepada dorm serta paparan terbaik mengikut kategori yang dipertandingkan..

 Persembahan Silat oleh pelajar..

 Pasukan Kompang diketuai pelajar tingkatan 3..

 Persembahan Pembukaan yang ceria..

 Guru-guru dan pelajar..


 Persembahan paling hapening..Soley-Soleyyy..

 Ucapan guru rumah Buana, En Teoh..

 Ucapan Tuan Pengetua dan merasmikan program..



Antara persembahan pelajar..

                 

Photoholic : Ragbi 10 Sepasukan Sajoha

Beberapa gambar sepanjang kejohanan 28 Februari 2014..












Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Sajoha 2014


28 Februari 2014 : Telah berlangsung Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Sajoha yang dijalankan di Padang SM Sains Johor.. Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan ragbi.. Kejohanan ini berlangsung selama 2 hari..

 Pasukan Viking Sains Johor..


  Khemah Pengadil..







Beberapa aksi perlawanan..


       

Thursday, February 27, 2014

Catuan Air Terkini

Bermula 1 Mac 2014, SAJ telah memustuskan jadual bekalan air yang baru berikutan paras air empangan yang makin merosot..Pelajar dinasihatkan supaya jimat cermat dalam penggunaan air disekolah dan juga diasrama.. Boleh rujuk kepada jadual bekalan air TERKINI yang telah disediakan oleh SAJ..

 Sumber : http://www.saj.com.my 


Jadual Catuan Air TERKINI : Bermula 1 Mac 2014


     

Hostel Festival (HOVAL)

credit:syakirazmi

27 Februari 2014 : Pada minggu ini, berlangsung satu acara penting sekolah iaitu Hari Terbuka Asrama atau dikenali sebagai MEGA HOVAL yang dikendalikan oleh rumah Buana.. HOVAL ini berlangsung dari 27 Februari sehingga 1 Mac 2014.. Majlis penutup pula pada 28 Februari jam 8.00 malam di Dewan Sri Karyawan..

      

Tuesday, February 25, 2014

Majlis Makan Beradab Suria 1

Majlis makan beradab untuk Rumah Suria akan dijalankan pada 4 Mac 2014 ini.. Bertempat di bilik VIP DSB pada jam 1.00 petang.. Majlis untuk merapatkan ukhwah dikalangan semua pelajar dan guru rumah suria.. Majlis juga menjemput tuan Pengetua, En Ibrahim Bin Omar, En. Khairuddin Bin Sapar (PK1), En. Sahnizam Bin Miswan (PK HEM) dan En. Abd Samad Bin Sulaiman (PK KOKO).. Harap maklum..

credit:JOHN

       

Sunday, February 23, 2014

Pengurusan Loker

23 Februari 2014 : Pada hari ini telah berlangsung program mentor mentee yang dijalankan pada masa pertama (7.20am - 8.00am).. Program pada hari ini berfokus kepada pengurusan loker.. Guru dikehendaki masuk kedalam dorm pelajar untuk memantau serta membetulkan susunatur pakaian dan peralatan dalam loker pelajar tersebut..

Catuan Air

Berikutan daripada musim kemarau yang melanda kini dan berkemungkinan akan berlanjutan sehingga april serta paras air yang semakin merosot di Empangan Sembrong, SAJ telah membuat catuan air dikawasan Kluang.. SMSJ juga turut terasa dengan masalah ini.. Pelajar dinasihatkan supaya jimat cermat dalam penggunaan air disekolah dan juga diasrama.. Boleh rujuk kepada jadual bekalan air yang telah disediakan oleh SAJ..


Jadual Catuan Air



Saturday, February 22, 2014

Hari Bistari 2014

20 Februari 2014 : Baru-baru ini telah berlangsung program Hari Bistari bagi tahun 2014 di Persada Johor Bahru.. Program ini bermula dari 18 Februari lagi sehingga 20 Februari 2014.. Program Hari Bistari ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, iaitu YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin..


Pendaftaran..

Pameran dan medaniaga.. 


Waktu rehat, sempat berposing..

 Booth Johor Corporation..



 Majlis Penutup, dirasmikan oleh YAB Dato Mohamed Khalid Nordin (MB Johor)..

YAB MB melawat gerai medaniaga Tunas Bistari..


       

Tuesday, February 18, 2014

Latihan Menembak Rifle M16


Pada 18 Februari 2014, pasukan Kadet Polis SM Sains Johor telah menyertai Latihan Menembak menggunakan rifle M16 bagi ahli Kadet Polis Daerah Kluang tahun 2014 yang telah dijalankan di Lapang Sasar Bukit Tangkak, Muar.. Berikut adalah kejayaan yang diperolehi daripada ahli kor kadet SMSJ iaitu saguhati oleh Koperal Kadet Mohamad Ikmal Bin Zulkefly dan JOHAN oleh Koperal Kadet Mohamad Naqiuddin Syakirin Bin Ahmad Mahmod.. Sesi Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Lapang Sasar, Pn. Hjh Kamisah Binti Hashim.. Terima kasih juga kepada guru Kadet Polis yang terlibat iaitu En. Mohd Syaiful Akmal, En. Saiful Affendey dan En. Nukhairi.. Tahniah semua ahli Kadet Polis SM Sains Johor yang menyertai program ini..


 << Bertolak dari Balai Polis Kluang >>

  << Konvoi >>

  << Ahli Kadet menyediakan makanan untuk semua ahli kadet >>

  << Bacaan doa memberkati program >>

  << Sesi demontrasi >>


  << Kategori Menembak Untuk Guru Kadet >>




  << Aktiviti sepanjang program menembak >>

   << Upacara penyampaian hadiah >>

 << Pegawai PPD yang turut hadir >>

  << Kadet Polis SMSJ bergambar kenangan dengan Sarjan Suhaimi  >>

  << Aksi guru Kadet Polis Daerah Kluang >>

 << Tahniah kepada Koperal Kadet Ikmal dan Koperal Kadet Naqiuddin >>




Popular Posts

SCM