.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Friday, May 20, 2011

Bos belanje..=)

Hari ini bos telah bemurah hati untuk belanje kami warden-warden SMSJ.. En Basir telah belanja kami semua dengan hidangan yang lazat-lazat.. Tempat makan ini terletak di sebelah 2city, bertentangan dengan Comet Jamming.. Jemput makan..=)




Mesyuarat Warden Mei


Pada 19 Mei 2011 jam 9.00 malam telah diadakan mesyuarat warden bulan Mei di bilik mesyuarat.. Ini bagi membincangkan hal-hal berbangkit mengenai asrama disamping memaklumkan peralihan tugas PK Hem kepada pemangku iaitu En Sahnizam (PK Koko) sepanjang En Basir menjaga SM Sains Sembrong..


Tuesday, May 10, 2011

Tahniah SM Sains Johor

Baru-baru ini telah diumumkan khabar berita terbaik buat warga SM Sains Johor iaitu penganugerahan SMSJ dengan Sekolah Kluster Kecemerlangan.. Sebanyak 30 buah sekolah telah diumumkan mendapat anugerah ini.. Ini selaras dengan apa yang dirancang oleh Kementerian melalui pengiktirafan ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan minda kelas pertama menjelang tahun 2020.. Tambahan lagi, sekolah kluster kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dalam pengurusan dan pencapaian sekolah tetapi ia mempunyai kebitaraan akademik dan kokurikulum yang berupaya mewatakkan sekolah..


SMSJ terus JUARA!!!


Tempat Ke-3 Kawad Kaki daerah 2011


Pada 30 april baru-baru ini, platun Lelaki Kadet Polis SMSJ telah menyertai pertandingan Kawad Kaki Daerah bagi kategori GO Lelaki dan telah berjaya mendapat kedudukan tempat ke-3 kategori GO Lelaki daerah Kluang.. Kejayaan ini dicapai atas usaha dan komitmen platun ini yang diketuai oleh Faiz Akmal sebagai ketua platun yang bersemangat dan membentuk disiplin daripada latihan yang dijalankan sepanjang petang dan malam biarpun cuaca yang panas dan hujan.. Namun, ini tidak menghalang untuk platun ini dari berputus asa.. Usaha keras ini akhirnya membuahkan hasil.. Azam platun ini adalah untuk terus berjaya lagi pada masa akan datang.. Tidak lupa juga ingin diucapkan terima kasih kepada pihak IPD Kulaijaya yang membantu platun ini dari segi kemudahan dan peralatan serta pihak sekolah yang memberikan sokongan moral.. Sekian..




Wednesday, May 4, 2011

Laptop 1 Malaysia


Pada 3 Mei 2011, telah berlangsung majlis penyampaian laptop 1 Malaysia kepada pelajar yang ibu bapa berpendapatan rendah.. Pemberian laptop ini selaras dengan hasrat kerajaan mahu melahirkan rakyat yang mahir dalam ICT.. Penyampaian laptop ini dijalankan di Dewan Sri Bakti, SMSJ..



Solar Games

Festival Sains dan Teknologi Daerah Kluang 2011 telah berlangsung pada 4 Mei 2011 di Sekolah Tinggi Kluang.. Berikut ialah beberapa aktiviti kereta solar dan bot solar..

Popular Posts

SCM