.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Monday, March 28, 2011

Pelancaran Tabung Amal

Hari ini, 28 Mac 2011 telah berlangsung pelancaran Tabung Bencana Gempa Bumi & Tsunami di Jepun oleh Persatuan Pandu Puteri.. Bagi peringkat daerah Kluang telah diadakan di Dewan Sri Karyawan, SMSJ dan di rasmikan oleh En Joehadi Bin Parcho dari PPD Kluang bahagian Kokurikulum..

Sunday, March 20, 2011

Ujian Kurikulum 1

Minggu ini merupakan cabaran bagi pelajar SMSJ kerana mereka akan menghadapi UK1 (Ujian Kurikulum 1) pada 21,22 & 24 Mac 2011.. Cuti penggal 1 baru-baru ini merupakan cuti ulangkaji mereka terhadap semua matapelajaran yang telah dipelajari.. Di harap pelajar bersedia dengan UK1 ini dan mendapat keputusan yang cemerlang.. Selamat ulangkaji dan menduduki UK1 ini..=)

SPM 2010 - Menghitung hari


Nantikan kejayaan anda semua!!!
dari kami seluruh warga SM Sains Johor..

Tuesday, March 8, 2011

Program Pengantarabangsaan Yorsor, Thailand

Pada hari ini iaitu 8 Mac 2011, SM Sains Johor menerima kunjungan dari Thailand iaitu dari Sekolah Hatyaiwittayalai Somboonkulkanya dari Songkhla Thailand atau dikenali sebagai Yorsor.. Rombongan ini disambut dengan paluan kompang serta silat sebelum acara bergambar antara pihak Yorsor dan SM Sains Johor oleh the MERCU legacy 2011.. Pelbagai program dan aktiviti telah diatur dalam program pengantarabangsaan ini.. Setiap pelajar diberikan rakan angkat bagi membantu pelajar Thailand tersebut sepanjang di SMSJ..

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari ini seperti belajar bahasa Melayu, makanan Malaysia, belajar tarian zapin, belajar bermain gamelan dan belajar bermain kompang.. Pelajar SMSJ juga mempersembahkan tarian zapin serta gamelan kepada tetamu.. Pihak Yorsor juga mempersembahkan tarian mereka yang mengagumkan warga SMSJ.. Sukan juga salah satu aktiviti yang dijalankan iaitu perlawanan bola keranjang serta persembahan permainan elit SMSJ kepada warga Yorsor iaitu ragbi..
Belajar Bahasa Melayu..

Belajar tarian zapin..

Diharapkan kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan antara SMSJ dan Yorsor.. Terima kasih daun keladi, lain hari kita akan berjumpa lagi.. Sekian..

Saturday, March 5, 2011

Lawatan KPP, En. Mohd Kholil dari SBP

Pada 4 Mac 2011 jam 8.30 malam, SMSJ telah dilawati oleh En. Mohd Kholil Bin Mohamad selaku KPP Sektor Pembangunan & Kemanusiaan SBP bagi berjumpa dan bemesra dengan warga SMSJ.. Bersama solat Isyak berjemaah dengan warga SMSJ.. Kemudian, beliau menyampaikan amanat kepada warga SMSJ.. Pelbagai maklumat dan info dijelaskan dalam ucapan beliau..

Sesi ucapan dan bersalam dengan warga SMSJ...

Sesi jamuan bersama guru-guru SMSJ dan penyampaian cenderamata dari SMSJ...

Popular Posts

SCM