.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Wednesday, September 22, 2010

Program Perfect Score SPM SBP Zon Selatan


Program "Perfect Score" SPM

bagi SBP Zon Selatan 2010..

Tempat : SM Sains Johor
Tarikh : 24-26 September 2010


SELAMAT DATANG KE SMSJ..

Info tambahan :
* Gambar yang ditempah telah diedarkan pada 1 September 2010 menggunakan parkhidmatan Pos Laju.. Harap maklum..

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia



Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia yang menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.. Justeru itu, mulai tahun 2010, telah diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia sempena memperingati Hari Malaysia ini yang akan disambut setiap 16 September setiap tahun bagi mengingati & menghargai usaha pembentukan Malaysia ini..


Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran


Sempena lebaran yang akan tiba tidak lama lagi, saya serta seluruh warga SM Sains Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali, staf-staf serta pelajar SMSJ & muslimin muslimat di luar sana.. Maaf dipinta sekiranya terdapat salah silap, terlebih terkurang, terkasar bahasa atau sebagainya sepanjang penglibatan saya disini.. Semoga kita semua dapat menyambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran & kegembiraan.. Amin..

Kepada pelajar yang bakal menduduki PMR & SPM, di harap dapat memberi tumpuan kepada ulangkaji supaya tradisi kecemerlangan menjadi milik kita semua warga SMSJ, Saya Menang Saya Juara!!!

Sekian untuk kali ini.. Selamat Hari Raya kepada semua..=)


Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!


Saturday, September 4, 2010

Kelas Masa Cuti PMR & SPM

Pada 3 - 6 September 2010 telah diadakan bengkel bagi subjek peperiksaan kepada pelajar SPM & PMR sesi 2010.. Jadual bagi slot mengikut matapelajaran telah ditetapkan supaya pelajar dan guru dapat bersedia bagi bengkel ini.. Ini bagi memantapkan lagi pelajar sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.. Guru-guru yang terlibat dalam kelas peperiksaan ini telah memberikan komitmen yang tinggi biarpun pada waktu tersebut sudah bermula cuti sekolah sempena Hari Raya beberapa hari lagi..

Bengkel yang diadakan ini juga turut disertai dari 2 buah sekolah luar yang pelajarnya dihantar oleh pihak sekolah masing-masing iaitu SMK LKTP Belitong & SMK Layang-layang.. Mereka juga ditempatkan di asrama ini dan menjalankan aktiviti rutin sama seperti pelajar disini.. Pengalaman belajar dan tinggal di asrama dapat memberikan mereka inspirasi untuk berjaya.. Di harap pelajar dapat menyuntik semangat untuk berjaya dengan cemerlang bersama-sama pelajar lain dan telah bersedia untuk menghadapi PMR & SPM nanti..


Wednesday, September 1, 2010

Jamuan Biro DSB

Pada 1 Ogos 2010, telah diadakan jamuan kepada biro DSB di Restoran 2 City di Bandar Kluang.. Seramai 40 orang ahli biro telah diraikan dalam satu majlis berbuka puasa ini.. Pelbagai menu yang enak & lazat dihidangkan sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka yang telah membantu pihak pengurusan asrama terutama Biro DSB dalam majlis-majlis yang diadakan.. Diharap penghargaan ini dapat menyuntik lagi semangat ahli biro untuk lebih ringan tulang membantu pihak sekolah..


Bertolak pada jam 6.30 petang..






Berbuka puasa & bergambar..



Pulang semula ke asrama..


Popular Posts

SCM