.:: SELAMAT DATANG KE MYSMSJ.BLOGSPOT.COM..TERIMA KASIH KERANA MELAWAT KE BLOG INI..SAYA MAHU SENTIASA JUARA ::.(",)

Sunday, May 30, 2010

Majlis Makan Amal SAJOHA


Pada 28 Mei 2010, SAJOHA ( Sekolah Menengah Sains Johor Alumni ) telah menganjurkan Majlis Makan Amal bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur jam 8.00 malam..



















Sunday, May 23, 2010

Undangan Makan Malam Amal SAJOHA

Suatu majlis Makan Malam Amal untuk Dana Pendidikan dan Kerohanian SMSJ atas inisiatif untuk pembesaran dan pembaikan surau Al-Ihsan bagi memberikan suasana yang kondusif bagi penjanaan pembentukan modal insan akan dianjurkan oleh SAJOHA ( Sekolah Menengah Sains Johor Alumni ) pada 28 Mei 2010 ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur..


* Untuk maklumat lanjut, boleh terus ke laman blog SAJOHA.. sajoha.blogspot.com

Thursday, May 20, 2010

Bowling KEBIRU

Semalam petang, iaitu rabu 20 Mei jam 2.30 petang bertempat di pusat bowling Kluang Parade, KEBIRU telah mengadakan aktiviti bermain bowling diantara guru.. Terdapat 9 kumpulan yang terdiri dari 4 orang guru setiap kumpulan.. Aktiviti seperti ini dijalankan bagi merapatkan ukhwah diantara guru-guru SMSJ.. Namun, yang menang tetap mendapat hadiah berupa hamper dan cenderamata.. Kesimpulan daripada keputusan ini, pemain terbaik bagi guru lelaki jatuh kepada En. Basir manakala guru wanita pula cikgu Norziatulhana..



Peperiksaan Pertengahan Tahun

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua pelajar SMSJ.. Di harap masing-masing tenang semasa menghadapi peperiksaan dan menjawab soalan..

Menengah Atas - 19/5/2010 hingga 3/6/2010..
Menegah rendah - 27/5/2010 hingga 3/6/2010..


Selamat Menjawab.. =)


Monday, May 17, 2010

Sambutan Hari Guru

Pada hari ini iaitu Isnin 17 Mei 2010 telah diadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang dikelola oleh Rumah Segara.. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa..

Majlis bermula seawal jam 7.20 pagi dengan perarakan guru ke Dewan Seri Karyawan..

Akan dikemaskini dalam masa terdekat..Harap maklum..

Friday, May 14, 2010

Bacaan Yassin

Pada pagi jumaat yang mulia ini, KEBIRU telah mengadakan suatu majlis bacaan yassin bersempena perpindahan ke rumah baru bilik guru.. Majlis bacaan yassin ini dimulakan pada jam 7.20 pagi dan diketuai oleh Ustaz Zakaria.. Hal ini bagi memberkati lagi penggunaan bilik guru baru.. Selepas bacaan yassin, acara yang ditunggu oleh semua iaitu majlis makan-makan.. Pelbagai jenis hidangan disediakan oleh guru-guru seperti laksa johor, sate, spaghetti, lontong, puding, kuih-muih serta pelbagai jenis lagi..
Majlis bacaan yassin..

Majlis makan-makan..


Thursday, May 13, 2010

Program SAJ bersama SMSJ

Pada Rabu 12 Mei 2010, telah berlangsung program yang dianjurkan oleh SAJ (Syarikat Air Johor) bersama SMSJ di Dewan Sri Karyawan pada jam 2.30 petang.. Program Pendidikan Air "Setiap Titisan Berharga" diadakan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri johor dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Pelajaran Johor.. Penceramah ialah Pn. Nor Huda bte Mohamed Nor, Eksekutif Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings yang juga merupakan bekas pelajar SMSJ..

Pelajar yang terlibat untuk program ini dari tingkatan 1,2 dan 4.. Pelbagai ilmu dan pengetahuan dikongsi oleh pihak SAJ kepada pelajar SMSJ.. Info yang diberikan amat berguna kepada semua agar kita tidak membazir air dan menggunakan air kepada keperluan yang perlu sahaja.. Selain itu, pihak SAJ juga menceritakan mengenai isu-isu terkini berkaitan air.. Maklumat ini bukan sahaja berguna sebagai sumber maklumat tambahan, malah dapat diaplikasikan untuk membuat karangan dalam pelajaran..

Antara aktiviti yang dijalankan..

Penyampaian cenderamata oleh cikgu Hasnah..

Bergambar kenangan..


Wednesday, May 12, 2010

Hari Guru 2010

HARI GURU SMSJ 2010
"Guru Pembina Negara Bangsa"

Tarikh :
17 Mei 2010
Tempat : Dewan Sri Karyawan
Dikendalikan oleh : Rumah Segara..

Tuesday, May 11, 2010

Kejohanan Merentas Desa MSSM

Pada 9 Mei 2010 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa MSSM bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor.. Dalam kejohanan pada kali ini, seramai 3 orang pelajar SMSJ telah dipilih mewakili negeri Johor.. Berikut adalah keputusannya :

1) Vimalan a/l Lecthumanan - tempat kesembilan
2) Muhd Hafiz Amzar Bin Hussain - tempat kelima belas
3) Muhd Arif Asyraaf Bin Mohd Nazli - tempat ketiga puluh empat

Secara keseluruhan, pasukan merentas desa negeri Johor kategori Lelaki 15 tahun telah mendapat tempat kedua..Tahniah & syabas diucapkan!!



Monday, May 10, 2010

Meeting Post-Mortem UK 1

Pagi tadi telah diadakan Post-Mortem bagi UK1 bagi semua tingkatan dan matapelajaran.. Post-mortem ini diadakan pada jam 7.20 pagi di Dewan Sri Bakti.. Post-mortem ini melibatkan semua guru dan dipengerusikan oleh PK1 iaitu En. Khairudin Safar serta barisan PK Hem dan juga PK Koko.. Pelbagai aspek mengenai kurikulum dibincangkan yang mana melibatkan ke semua bidang dan panitia.. Perbelanjaan dan peruntukan kewangan juga dibangkitkan agar kelestarian dan kecekapan untuk bidang kurikulum dapat dilaksanakan.. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.40 pagi..


Thursday, May 6, 2010

Bilik Guru berpindah

Pada hari ini, terlakar sejarah apabila bilik guru telah berpindah ke bangunan baru secara rasminya.. Ini bermakna bilik guru sebelum ini akan dikosongkan untuk dijadikan bilik-bilik tertentu.. Proses pemindahan ini melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus membantu melancarkan proses pemindahan ini.. Bak kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing", begitulah yang boleh dikatakan kepada pelajar-pelajar SMSJ kerana beramai-ramai membantu dalam proses pemindahan ini.. Akhir kata, terima kasih kepada pelajar yang terlibat membantu guru-guru tadi, harap semangat ini dapat dikekalkan sampai bila-bila..

Wednesday, May 5, 2010

Kawad Kaki Daerah Kluang NGO

Hari ini 5 Mei 2010 telah berlangsung siri ke-2 Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kluang di Stadium tertutup MPK pula bagi kategori NGO Lelaki dan Perempuan.. SMSJ telah menghantar Pasukan Pengakap Lelaki dan Pertubuhan Puteri Islam pula untuk perempuan bagi kategori NGO ini.. Di harap pasukan yang bertanding dapat membuat yang terbaik untuk pertandingan kawad pada hari ini sekaligus mengharumkan nama SMSJ di daerah Kluang ini..

Popular Posts

SCM